Badge

Friday 18 May 2018

" Weirdo 2 ! "

"Sir, itukah Puteri Arsyaru yang menghilang selama ini?", tanya Koko sambil bertolakkan dengan Kiki untuk melihat buruan mereka kerana dilindungi oleh susuk tubuh tuan mereka.

"Yes!, itulah Puteri yang selama ini disembunyikan oleh Lord Troy daripada kita semua",ucapnya penuh teruja kepada pengikutnya.

"Sudah hampir cukup umur engkau wahai puteri. Tak lama lagi, engkau akan kembali kepadaku". ngomelnya sendirian sambil tersenyum sinis dan berlalu menghilang di kepekatan malam.


xxxxxxx


"Macam ada yang perhatikan aku je nih", bicaraku sambil mengosok lenganku yang tiba-tiba terasa meremang.

"Zana, Thanks bungkuskan makanan ini untuk aku. Berapa semuanya ni?",tanyaku sambil mencapai dompet diatas meja.

" Tak perlu bayar Arsya sebabnya ada secret admire ko yang belikan masa aku di kedai. Dia pelik sebab tak nampak ko tadi dan dia bersama member dia join makan sekali dengan aku dan Muna. Aku lupa nama dia tapi dia satu batch dengan kita tapi lain course. ",ucap Zana.

" Aik, seriusly Zana? Handsome tak?  Pape pun selamat sikit duit belanja aku untuk bulan ni." , balasku nakal dan mendaratlah tangan ketam Zana diperutku.

" Uish, sakitlah na. Jari ko ni macam ketam au. " , rengetku ke Zana.

“ Banyak songehlah ko ni Arsya. Dah-dah makan dulu sebelum siapkan assignment Web & Database tu. Nanti karang bising Pn Syura tu”,ucap Zana dimeja belajar bersama memek muka nenek-nenek.

“Aku dah siapkan masa kat kelas lagilah. Kau je yang tak siapkan lagi. Tulah, suka sangat tangguhkan kerja. Kan dah susah. Tengok macam aku ni ha, siap dah boleh goyang kaki dah atas katil sambil makan-makan au.”, perliku ke Zana.

“ Wah-wah!!! Banyak pulak mulut kau eaa. Bukan tangguhkanlah, Cuma nak cari idea sikit tu yang bawak balik bilik okay. Alang-alang kau dah siapkan, bagilah aku tiru Arsya ", ucapnya tergedik-gedik.

" Ambiklah dalam laptop tu, tapi nanti ubahlah sikit-sikit nanti Pn tahu masalah kita nanti Zana. ", balasku

" Beres boss. Sayang kau. ", balasnya sambil memelukku.

" Ish, rimaslah na. Nak makan ni. ", ucapku sambil ketawa kecil.






Sunday 23 August 2015

RASA HATI ATAU HANYA FIRASAT HATI ? HUHU

Kadang-kadang apa yang kita rasakan di hati itu adalah betul sebenarnya. Memang juga ada yang tidak betul tapi andai suatu perkara itu telah ternyata di depan mata, bagaimana hati dan akal ingin menidakkannya.? Bukankah begitu kawan-kawan.? :/ 

Hanya dengar satu ayat je yang memedihkan, hati terus membuatkan kita nih rasa terhina walaupun diri ini sedar yang sebenarnya mereka tidak maksudkannya. Contoh situasi, kenapanya call nih? Haha, contoh ok.. Sometime's what we think is not the correct emotions that we want to express.. :') ... Hahaha, apa kebenda tah yang aku dok tulis nih... :p  


 Kecewa? Tak Yah Layan-Layan.. Buat bodoh lagi ok.. Aku pun penat dah nak layan-layan benda-benda macam nih.. PENAT WEH!! Apa yang aku buat sekarang nih adalah abaikan je diri mereka-mereka itu..  Sebab satu masa nanti sampailah waktu kita itu untuk mereka rasa terabai atau tersentuh dengan perbuatan mereka suatu masa dulu.. 

Moral of the story nih, Jangan dok layan sangat perasaan itu... Abaikan mereka macam mana mereka tidak perlukan kita dalam kehidupan mereka. Buat apa kita terhegeh-hegeh dengan insan yang tidak memerlukan kita dalam kehidupan seharian mereka... :') .. Wassalam diucapkan... :D

Thursday 28 May 2015

" Weirdo 1 ! "

“Arsya, are you ok? You look so pale.”,tanya Zana sambil membelek wajahku di beranda.

“Aku ok Zana cuma aku penat sikit.”,balasku sambil menarik mukaku daripada terus menjadi tilikkannya.

“Betul nih ko ok.? Kalau ko sakit jom kita pergi klinik. Aku papah ko okay.”,katanya sebaik sahaja dia melihat aku terhuyung-hayang menuju ke katil.

“Yes Zana. I’m ok. Lepas tidor nanti, aku oklah sikit.”,ucapku sambil berbaring dan menutupi tubuhku dengan selimut.

“Kalau begitu ok. Aku keluar dulu. Nanti aku bungkuskan makanan ko. Rest okay.”, ucapnya sebelum tubuhnya hilang disebalik pintu.

         Tanpa sedar, aku telah tenggelam dalam mimpi yang tiada kesudahan dan bermimpikan perkara yang sama. Semuanya terjadi setelah aku berjaya meneruskan pelajaran di negeri Yory. Suasana di sini sangat damai dan mempersonakan. Aku amat-amat benar terpikat dengan negeri ini. Tapi selepas genap sebulan aku disini, pelbagai perkara pelik mula berlaku. 

"Arsya bangun, bangun.", kejut Zana sambil mengoncangkan tubuhku.

"Sudah pukul berapa Zana?",tanyaku sebaik sahaja mata tercelik.

"Dah pukul 10 malam. Aku ingatkan ko pengsan. Mana taknya, dari tadi aku kejutkan ko tapi tak gerak-gerak. Bangunlah dan pergi mandi. Bagi badan ko segar sikit dan atas meja tu makanan ko.",ujarnya sebaik aku bersila di atas katil.

"Zana, aku rasa badan aku takde tenagalah. Penat sangat.", ngaduku padanya.

"Mana tak penat kalau ko tidor je dari tadi. Dah-dah, bangun mandi.", bebelnya.

"Yelah, aku mandi.", ujarku sambil menuju ke bilik mandi dengan mengendong tuala dan barang mandian.

Monday 25 May 2015

Love vs Sacrifice 3

Musim dan Suhu :

  Luruh / Fall / Autumn : Mac - Mei
  Sejuk / Winter : Jun - August ( cecah -2 darjah celcius)
  Bunga / Spring : September - November
  Panas / Summer : Disember - Februari (cecah 46 darjah celcius)

     Suasana di Melbourne, Australia sangat nyaman. Maklumlah baru tiba musim bunga. Lepas musim sejuk lah katakan. Memang akan ramai yang keluar bersama keluarga bagi menghirup suasana di sini. Telatah masyarakat membuatkanku tenggelam dalam duniaku sendiri walaupun omelan Julia masih terngiang-ngiang di telinga.

"Aduh, penat betullah layan kerenah penumpang nih. Ko tak penat ke layan kerenah mereka Mia?",gomel Julia.

  Aku abaikan sahaja omelan Julia tu.

"Mia, ko dengar tak aku cakap nih.? Geramlah cakap dengan ko nih. Apalah yang ko suka sangat bila tibanya musim bunga kat sini sampai aku cakap pun ko wat tak dengar je.", bebel Julia sambil mengoncangkan badanku.

"Iya, Aku dengar Ju. Penat tu penat jugak tapi itukan dah tugas kita. Bersabar jelah yang kita mampu lagipun perangai manusia nih berbeza-beza. Kalau semua perangai manusia nih serupa, aku rasa takde doh manusia nih berbunuhan sesama sendiri, sebabnya dah memahami antara satu sama lain. Betul tak? ",balasku ke Julia.

"Tulah pasal Mia. Aku cuba sabar je tadi. Kalau ikutkan hati, aku nak je lempang laju-laju kepala minah kerek tu biar sampai terteleng kepala. Biar padan muka dia",balasnya kegeraman.

"Haha, dah-dah. Jom kita check in. Lepas nih, aku nak pegi cari kedai kek. Dah mengidam nih.",ucapku.

"Mia, ko nih kelakar la. Pantang nampak cafe bakery laju je ke situ. Ish,ish,ish. Cuba pegi shopping baju-baju atau alat mekap sikit.",balasnya tergelak.

"Haha, nak buat macam mana, aku dan bakery dah jadi kembar yang sangat susah dipisahkan. Hihi. Jomlah cepat check in dan lepas tu kita shopping."ajakku teruja.

Tiba-tiba Julia mengeluarkan idea bernas dia itu.


"Mia, jom kita lumba nak ? Siapa sampai ke bilik dulu, dia menang dan yang kalah kena belanja yang menang tu. Tak kira pape pun permintaan si pemenang.",cabar Ju.

"Ok, set. Aku terima cabaran tu. (Hihi, Dalam kepala ada dah plan jahat.Haha.). Eh Ju, tu bukan Farid ke? Sape kat tepi die tu weh?", ujarku sambil mengorak langkah seribu ke tempat penginapan.

"Mana-mana?! Aku tak nampak ppuunn. Wehh Mia, jahatnya ko ! Tak adil betul tau main tipu. Ish. Weh tunggu daku wahai kekanda " , jeritnya memecahkan keheningan lobi hotel sambil mengejar langkahku.

"Haha. The best women win Ju .", ucapku sambil memulas tombol pintu.

"Main kotor ko kan Mia ! Grr.. Pape pun, nanti aku belanja ko Kek Coklat .",ujarnya kegeraman.

"Haha. Jangan marah ok . Set, jumpa masa dinner ok. Sekarang, jom kita masuk bilik masing-masing dan kemas barang-barang sebelum kita keluar merayap."ujarku riang.

"KNOCK , KNOCK , KNOCK .”,bunyi pintu bilikku diketuk.

“Mia, ko ada kat dalam ke ?", suara Julia kedengaran.

"Masuklah. Aku tak kunci pintu tu Ju .",balasku.

"Mia, ko jadi keluar ke ? Aku mintak maaf sangat-sangat.”ucapnya tiba.

“Lah, kenapa ko mintak maaf kat aku pulaknya.”,tanyaku pelik.

“Sebenarnya aku lupa yang aku dah janji dengan Farid terlebih dulu untuk keluar teman dia cari barang hantaran kita orang. Aku tahu ko tak suka orang mungkir janji. Maafkan aku Mia.”,ucapnya takut-takut.

“Ju, takpe. Lagipun bukannya ko sengaja. Ko keluar je dengan Farid. Aku tak kisah pun.”,balasku tersenyum.

"Betul nih Mia ?",tanyanya,

"Betul. Just go and be careful ok .",ucapku sambil tersenyum.

"Mia, ko sajalah kawan yang sangat memahami.",ucap Ju sambil memelukku.

"Iyaa. Dah-dah.! Baik ko gerak sekarang sebelum mulut murai si Farid tu bising."balasku mengusik.

"Jahat ko kan. Suka hati je kutuk dia tapi memang betul pun. Hihi. Oklah, bye Mia. Hati-hati kalau ko keluar jugak ok."balasnya sambil melambai dan bayangannya hilang disebalik pintu.

"Urmm,"balasku sambil mengeleng melihat telah si Julia nih. 


Sunday 24 May 2015

Love vs Sacrifice 2

"Mia, aku dah balik. Ko kat mana?",jerit si Nori setibanya di ruang tamu.

"Weh Nori, kerja ko nak jadi tarzan je kan. Suara tu cuba slow sikit. Kalah suara si Tarzan." perliku selamba sambil membawa segelas air Oren untuknya.

"Haha, alah janganlah marah. Ala, ala syg mama nih.. Hihi", balasnya mengusik sambil menyambut huluran air Oren tu.

"Ish, ko nih. Aku nak kenakan ko. Last-last aku yang kena balik."balasku sambil tergeleng.
"Ko dah makan ke belum Nori? Kalau belum, aku ada masakkan ayam percik kesukaan ko tu."balasku sambil kaki menuju ke tingkat atas.

"Belum. Eh Mia, ko nak kemana tu? Jomlah makan sama-sama gan aku.",ajaknya.

"Aku nak naik mandi dulu. Lepas tu kita makan sama-samalah."

"Mia, tunggulah aku. Jom mandi sama-sama nak tak?" ajaknya mengusik.

"Kaki aku ko nak Nori? Gatal.",balasku sambil ketawa.

       Beginilah kehidupan kami seharian. Kalau aku cuti, inilah hobi sambilanku dan Nori. Aku sanggup buat segalanya untuk kebahagian Nori kerana dirimulah, hidup seharianku penuh dengan kegembiraan. 


"Mia, sedap gilerlah ko masak. Takde sape boleh lawan masakkan ko weh.",ucapnye sambil menyuap nasi ke mulut.

"Nori, cuba makan tu jangan bercakap time mulut tengah penuh. Tak comel langsung. Aku tahu lah yang aku nih pandai masak dan cantik lagi tu",balasku sambil memuji diri sendiri.

"Alamak, minah nih dah angkat bakul lah pulak. Nak muntah aku dibuatnye."balasnya tergelak sambil membuat memek muka loya.

"Haha, cakaplah ko jeles. Dah, dah. Makan cepat, nanti boleh tolong aku packing barang. Esok aku dah start fly.",ucapku padanya.

"Ala, yeke. Cepat pulak kali nih. Pape pun, ko mesti belikan aku oleh-oleh ok.." balasnya gembira.

Love vs Sacrifice 1

         Kadang-kadang hati sayu melihat kebahagiaan insan lain tapi apakan daya, setiap insan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. "I Love You and that's why i sacrifice anything to you."


"Mia, ko ponteng kelas lagi ye hari ini?," tanya Nori sambil bercekak pinggang di hadapanku.

"Aduh, dah balik rupanya minah nih. Kalau aku tahu tadi, aku kunci pintu bilik awal-awal lagi." keluhku.
"A'ah. Aku tak sedap badan. Tulah aku ponteng kelas." balasku sambil menutupi mukaku dengan selimut.

"Mia, dah seminggu ko asyik sebut perkataan sakit. Mana tak sakitnya kalau ko asyik terperap dalam bilik nih!!", balasnya garang sambil merentap selimutku.

"Nori, ko nih macam mak nenek la. Asyik memekak je!",balasku kasar sambil menolaknya ke tepi dan terus bangkit dari katil.

"Mia, ko kata aku asyik memekak!? Aku memekak untuk kebaikan ko Mia.! Mia, sedarlah. Perkara tu dah lepas. Biarkan lelaki tak guna tu. Ko masih teringatkan dia?!"tanyanya.

"Aaa akk kuu, aku, aku bukan teringatkan dia Nori tapi aku malu dengan diri aku ini. Aku rasa jijik sangat-sangat. Aku sangat-sangat bodoh. Aku buat semua perkara yang dia mintak tanpa memikirkan kebaikannya untuk diri aku. Aku malu!!", ucapku teresak-esak.

"Mia, ko tabahkan hati ko. Aku tetap ada bersama ko. Kita tetap akan bersama sampai bila-bila. Friends Forever okay."ucapnya sambil memelukku dan mengosok perlahan belakangku tanda menenangkan diriku.

   Sesungguhnya Nori merupakan sahabat terbaik buat diriku. Aku sayang terhadapmu Sahabat. Semoga persahabatan kita ini kekal selamanya. Doaku di hati sambil mengemaskan pelukan.


4 Tahun Berlalu.


"Nori, ko kat mana? Aku dah sampai ni. Tadi kata nak lunch sama-sama",ucapku sesudah Nori mengangkat fon.

"Mia, sorry. Maafkan aku. Aku tak dapat pergi lunch dengan ko harini. Ada masalah kat site yang aku kena pergi tengok sekarang nih. Maafkan aku.",ucapnya berulang kali.

"La yeke. Takpelah kalau gitu. Ala, benda kecik je. Lagipun itu salah aku jugak sebab tak inform awal-awal kat ko kan."balasku.

"Ha, tahu pun salah dia. Tulah, aku call tadi taknak angkat sangat. Kan dah padan muka ko.",balasnya sambil ketawa.

"Hihi, tadi aku takde kat office la. Nak call balik tapi terlupa pulak. Hihi. Sorry geng. Okla, ko drive elok-elok. Daaa",balasku bersahaja.

"Ok. Jumpa kat rumah petang nanti. Daaa",balasnya.

"Sorang-sorang lagi aku. Nak pegi manalah nih? Balik rumah pun bosan nih!",monologku sorang-sorang.


 "Balik rumah jelah. Baik aku masak ataupun baking. Idea yang sangat bernas.", gomelku gembira.

Chrysanthemum Love's (Epi 6)

"Rrriinnngggg, rriiinnggg. rrrriiinnnggg!!!!", bunyi telefon bimbitku.

 "Aduh, sapelah yang call pagi-pagi nih.? Hello.",gomelku sambil menjawab panggilan.

"Sya!, ko kat mana nih? Semua orang tengah tunggu ko untuk pembentangan Software yang ko buat tu. Petang nih Client nak tengok.", ucap Zid tanpa nafas. 

"Ha!? Sekarang dah pukul berapa?"ucapku panic.

"Pukul 10.30 pagi dah. Nih mesti ko baru bangun kan?! Apa punya anak daralah ko nih bangun lambat. Weh cepat siap sebelum boss mengamuk.!",bebelnya marah-marah.

"Ala Zid, aku bukan sengaja. Semalam aku sampai rumah pukul 4 pagi. Tu yang terlajak tidor nih. Ko tolong cover aku kejab sementara aku siap-siap. Nanti aku belanja ko makan tengah hari. Pls."rayuku sambil membuat suara kesian.

"Ko nih selalu kan Sya, mentang-mentang ko tahu aku sayangkan ko. Ok aku tolong tapi dengan syarat, hujung minggu nih keluar DATE dengan aku." balasnya bersahaja.

"Hurmm ok. Thanks Zid."ucapku mengeluh. 

"Dalam hati aku berat sangat, aku tahu yang Zid telah lama menaruh hati padaku tapi apakan daya, aku cuma menganggap dia sebagai sahabat sahaja. Bagaimanakah lagi cara yang perlu aku tunjukkan pada ko Zid yang aku suka ko sebagai sahabat aku sahaja."monologku kecewa.


Setibanya di tempat kerja, aku terus bergegas ke bilik meeting dan nasibku sangat baik kerana kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk pembentangan telah tersedia dan semestinya Zid punya kerja lah. 

"Zid, thanks you so much."ucapku terharu.

"U re most welcome Sya. Glad to help."ucapnya tersenyum.

"Ok, nampaknya semua dah ada. Sya, boleh kamu bentangkan Software tu sekarang?", suara En Furqan mematikan perbualan kami.

"Baik boss",balasku segera. 

Setelah 1 jam, semuanya selesai.

"Fuh, aku lega sangat Zid. Nasib baik semuanya berjalan lancar.",ucapku gembira.

"Baguslah. Aku suka tengok ko bila ko macam nih dan bukannya Sya yang pendiam."ucapnya selamba.

"Maksud ko ape Zid?"balasku segera.

"Yelah, aku selalu perhatikan ko. Ko selalu je nampak sedih dan suka menyendiri serta susah sangat nak tengok ko tersenyum." ucapnya sambil merenung wajahku.

Lidahku terus kelu untuk berkata-kata dan aku hanya mampu menundukkan wajahku kerana tidak selesa ditenung olehnya.

"Sya, sini kejab.", jerit Umi.

Jeritan Umi mematikan segala keluku itu. "Oklah Zid, pape pun thanks untuk harinie. Aku pegi kat umi dulu." ucapku sambil melangkah ke tempat Umi.

"Sya, Sya.. Bilalah ko akan buka pintu hatimu itu untuk ku Sya. Aku akan tunggu ko selagi ko belum menjadi milik sesiapa.",ucapnya nekad sambil menuju ke Cafe untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak meeting tadi.