Badge

Tuesday, 17 February 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 5)

   Seusai mandi, sepasang baju kelawar bewarna unggu dan bercorak bunga kecik tersarung kemas di tubuhku dan dipadankan dengan tudung hitam merupakan pakaianku di rumah dan amat menyelesakanku terutamanya apabila di kelilinggi sanak saudara. Gelak ketawa di dapur jelas kedengaran dari penjuru tangga sebelum kakiku mencecah ke lantai ruang tamu. Hiruk piruk dan gelak ketawa amat riuh sekali dengan sanak saudara kecil papa dan mama yang sedang sibuk berlari ke sana kemari. “Ani, bila pula giliran Sya tu hendak mendirikan rumah tangga?”,tanya Maksu Ton dan semua saudara mara mengangguk tanda mereka juga inginkan kepastian dan memandang tepat kearah mama. Aku yang belum sempat menjejakkan kaki ke dapur terus mencorok di belakang pintu dan mengintai bagi mendengar perbualan mereka. “Ton, soal jodoh Sya, aku taknak masuk campur sangat walaupun aku sangat teringin melihat dia bersanding. Impian aku adalah melihat dia bahagia dan dibimbing ke jalan yang benar serta dijaganya dengan ikhlas oleh suaminya. Mungkin jodohnya belum tiba lagi.”,balas mama. “Sya tu baik budaknya. Mungkin jodohnya akan sampai tak lama lagi. Itu semua percaturan Allah S.W.T.”,ucap Mak Teh dan dipersetujui oleh semua kerana mereka semua mengangguk serentak dan memulakan semula aktiviti memasak.



   Aku yang disebalik pintu tertunduk sayu selepas mendengar ungkapan mama. “Ma, Sya juga impikan kehidupan berumah tangga yang bahagia, cuma hati Sya masih tidak mampu menerima lelaki lain. Sya masih tidak dapat lupakan Izan.”,bisikku sayu di dalam hati sambil menyapu air mata dan melangkah lemah menuju ke halaman rumah bagi meredakan hati yang sedang keresahan. Tujuan asal sudah ku lupakan disebabkan sebaris ungkapan perkahwinan. Di satu sudut yang lain, En Zaidi hanya mampu melihat anaknya yang sedang melangkah lemah menuju ke halaman rumah. “Betapa kejamnya aku. Adakah aku layak bergelar seorang ayah? Sya merupakan anak yang baik dan tidak pernah melawan segala percakapanku tapi hanya disebabkan keegoan diriku, anakku menderita. Maafkan papa Sya. Maafkan papa.”,ucap en Zaidi sayu sambil berlalu pergi ke ruang tengah.



   “Kak Sya, kak Sya. Kakak tengah buat apa kat luar sini sorang-sorang?”,tanya Ira sambil menarik-narik buju bajuku. Ku raih Ira ke dalam dukungan dan ku cium pipinya yang montok itu. Wangi. Maklumlah baru sudah mandi. “Kak Sya saja ambik angin kat sini. Kat dalam rumah bising sangat sayang.”,balasku sambil melangkah ke arah buaian. “Tadi Ira cari kakak kat dalam bilik sebab Mak Ani suruh ajak makan. Penat Ira ketuk pintu tau. Rupa-rupanya takde orang.”,gomelnya muncung-muncung. Alahai comeinya. “Sorry ye. Kakak pun tak sangka Ira akan naik bilik cari kakak. Sorry ye. Nanti kakak belanja aiskrim. Nak tak?”, balasku memujuk ketika ku dudukkannya di pahaku dan terus menocangkan rambutnya. “Yeaaahhh, Ira nak, Ira nak. Tapi Ira nak aiskrim Wenddy’s. Aiskrim tu sedap sebab ada oreo.”,ucapnya teruja. “Ok, nanti kita pergi beli ye.”,balasku sambil mengusap kepalanya yang sudah siap bertocang. Dengan bersemangat Ira mengangguk-anggukkan kepala. Sekali tengok dah macam cerita kartun Woody Woodpecker la. Comel sangat.



   Dari jauh, Mak Ngah sudah tersenyum melihat kerenah Sya dan Ira. “Budak berdua tu rapat sungguh. Sya tu dah sesuai jadi ibu dah tu.”,ucapnya bahagia. “Awak senyum kan apa tu sayang?”,Tanya Pak Ngah sambil memeluk pinggangnya. “Saya tengok budak berdua tu bang. Sya tu dah sesuai sangat dah menjadi seorang ibu dan si Ira tu manja betul dengan dia. Bahagia saya tengok mereka berdua bang.”,ucapnya. “Baguslah kalau begitu sayang.”,ucap Pak Ngah sambil mencium pipi isterinya. “Sya, Ira, jom masuk makan tengah hari. Kejab lagi nak sembahyang berjemaah pulak. Nanti lambat pulak kita bertolak ke Kuala Terengganu.”,jerit Mak Ngah mengejutkan kami berdua. “Baik ibu, baik Mak Ngah.”,jerit kami serentak sambil berlari-lari anak menuju ke dalam rumah.



   Suasana di meja makan sangat meriah. Pelbagai juadah makanan terhidang. Antaranya ayam masak merah, ikan singgang, ulam pegaga, dan sambal belacan bersama ayam goreng sangat menaikkan selera kami semua terutamanya aku yang sangat kuat makan tapi tak gemuk-gemuk. Semasa makan, suasananya sungguh meriah sekali dan ini juga merupakan satu impianku. Sekeluarga berkumpul bersama-sama. Sesudah makan, kami semua berjemaah bersama-sama dan diketuai oleh papa sebagai imam solat. Sungguh syahdu rasa perasaanku melihat perubahan papa. Syukur pada-Mu Ya Robb.



   Tepat pukul 2 petang, kami semua sudah bergerak menuju ke Kuala Terengganu bagi menyarungkan sebentuk cincin sebagai tanda sudah berpunya kepada kakak iparku. Hehe. “Abangku Rahul masih di luar Negara kerana di sitenya terdapat sedikit masalah dan aku pula masih tidak sempat untuk mengenali bakal kakak iparku tapi mama dan papa dah kenal. Tak aci betullah diorang nih tapi padan muka abang aku tak dapat balik.”,bisikku jahat. Mak Ngah, Pak Ngah, Ira dan abangnya Ira yang berumur 8 tahun memilih untuk menaiki keretaku manakala yang lain menaiki kereta masing-masing. Sebanyak 5 buah kenderaan bergerak serentak daripada rumah dan menuju ke destinasi yang sama dan kadang-kadang kami berhenti di RR bagi melegakan diri sebelum perjalanan diteruskan. Akhirnya kami tiba jua di destinasi yang ditujui selepas waktu asar. Majlis penyarungan cincin akan bermula selepas isyak. Begitulah yang diberitahu oleh mama kepadaku. Kami dibawa oleh pihak perempuan ke tempat rehat di chalet peranginan yang dimiliki oleh mereka. Kawasan itu dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau yang sungguh bewarna warni. Ada pokok warna pink, warna kuning, warna merah, dan warna pelbagai yang sangat unik dan antik. “Segarnya udara kat sini. Nyamannya.”,ucapku di balkoni bilik. Tiba-tiba aku terdengar kocakkan air mengalir. “Eh, dari mana bunyi air mengalir ni? Depan sana tak nampak macam ada sungai pun.”,ucapku sambil mata meliar mencari-cari bunyi itu. Akhirnya tanpa ku sedari kakiku telah membawaku ke belakang chalet dan akhirnya aku ternampak sebatang sungai yang sederhana besar berada di belakang tempat penginapanku dan airnya sungguh jernih dan bersih. “Wah, tak sangka masih ada kawasan penginapan yang berdekatan dengan sungai macam kat sini.”,ucapku teruja sambil menyingsingkan kaki seluar dan terus mencelup kaki ke dalam sungai. Airnya sungguh sejuk.



   Sedang aku ralit melihat kawasan sekitar, tiba-tiba ada sepasang tangan yang hinggap di bahuku dan aku apa lagi, terus tertoleh bagi melihat siapakah gerangan itu. Rupa-rupanya, Mak Ngah. “Sya, kamu menungkan apa sorang-sorang kat belakang ni? Penat mak ngah panggil kamu”,tanyanya. “Eh, ada ke mak ngah panggil? Maaf, Sya tak dengar tadi. Mungkin terlampau khusyuk melihat keindahan alam ni.”,ucapku spontan. “Jom balik ke chalet. Hari dah nak maghrib nih. Tak elok anak gadis duduk kat luar waktu gini.”,ucapnya. “Baik mak ngah.”,ucapku sambil melangkah ke chalet bersama mak ngah dan pak ngah yang menunggu tidak jauh dari tempat kami bersembang dan ku hadiahkan senyuman kepada pak ngah dan ianya bersambut. 



   Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kakak iparku sungguh cantik dengan baju kurung kebayanya yang bewarna hijau muda iaitu warna kegemaranku dan mama pula telah selamat menyarungkan cincin pertunangan ke tangannya dan ditambah lagi dengan bunyi bingit sanak saudaraku yang bermain mercun dan bunga api meriahkan lagi suasana pertunangan. “Kak Sofea gelaran nama diberi dan seindah tuan punya diri. Hehe. Apa yang aku mengarut ni daaa.",ucapku geli hati. Aku belum sempat ingin berkenalan dengan dirinya kerana lantaran dirinya yang begitu sibuk melayan tetamu yang hadir dan akhirnya aku melangkah ke chalet bagi mengemas barang-barang sebelum melangkah pulang ke Kuala Lumpur. Kerana besoknya aku ada kerja yang perlu di sempurnakan di pejabat.    

No comments: