“Arsya, are
you ok? You look so pale.”,tanya Zana sambil membelek wajahku di beranda.
“Aku ok
Zana cuma aku penat sikit.”,balasku sambil menarik mukaku daripada terus menjadi
tilikkannya.
“Betul nih
ko ok.? Kalau ko sakit jom kita pergi klinik. Aku papah ko okay.”,katanya
sebaik sahaja dia melihat aku terhuyung-hayang menuju ke katil.
“Yes Zana.
I’m ok. Lepas tidor nanti, aku oklah sikit.”,ucapku sambil berbaring dan
menutupi tubuhku dengan selimut.
“Kalau
begitu ok. Aku keluar dulu. Nanti aku bungkuskan makanan ko. Rest okay.”, ucapnya
sebelum tubuhnya hilang disebalik pintu.
Tanpa sedar, aku telah tenggelam dalam mimpi
yang tiada kesudahan dan bermimpikan perkara yang sama. Semuanya terjadi
setelah aku berjaya meneruskan pelajaran di negeri Yory. Suasana di sini sangat
damai dan mempersonakan. Aku amat-amat benar terpikat dengan negeri ini. Tapi
selepas genap sebulan aku disini, pelbagai perkara pelik mula berlaku.
"Arsya bangun, bangun.", kejut Zana sambil mengoncangkan tubuhku.
"Sudah pukul berapa Zana?",tanyaku sebaik sahaja mata tercelik.
"Dah pukul 10 malam. Aku ingatkan ko pengsan. Mana taknya, dari tadi aku kejutkan ko tapi tak gerak-gerak. Bangunlah dan pergi mandi. Bagi badan ko segar sikit dan atas meja tu makanan ko.",ujarnya sebaik aku bersila di atas katil.
"Zana, aku rasa badan aku takde tenagalah. Penat sangat.", ngaduku padanya.
"Mana tak penat kalau ko tidor je dari tadi. Dah-dah, bangun mandi.", bebelnya.
"Yelah, aku mandi.", ujarku sambil menuju ke bilik mandi dengan mengendong tuala dan barang mandian.
No comments:
Post a Comment