Badge

Sunday, 24 May 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 6)

"Rrriinnngggg, rriiinnggg. rrrriiinnnggg!!!!", bunyi telefon bimbitku.

 "Aduh, sapelah yang call pagi-pagi nih.? Hello.",gomelku sambil menjawab panggilan.

"Sya!, ko kat mana nih? Semua orang tengah tunggu ko untuk pembentangan Software yang ko buat tu. Petang nih Client nak tengok.", ucap Zid tanpa nafas. 

"Ha!? Sekarang dah pukul berapa?"ucapku panic.

"Pukul 10.30 pagi dah. Nih mesti ko baru bangun kan?! Apa punya anak daralah ko nih bangun lambat. Weh cepat siap sebelum boss mengamuk.!",bebelnya marah-marah.

"Ala Zid, aku bukan sengaja. Semalam aku sampai rumah pukul 4 pagi. Tu yang terlajak tidor nih. Ko tolong cover aku kejab sementara aku siap-siap. Nanti aku belanja ko makan tengah hari. Pls."rayuku sambil membuat suara kesian.

"Ko nih selalu kan Sya, mentang-mentang ko tahu aku sayangkan ko. Ok aku tolong tapi dengan syarat, hujung minggu nih keluar DATE dengan aku." balasnya bersahaja.

"Hurmm ok. Thanks Zid."ucapku mengeluh. 

"Dalam hati aku berat sangat, aku tahu yang Zid telah lama menaruh hati padaku tapi apakan daya, aku cuma menganggap dia sebagai sahabat sahaja. Bagaimanakah lagi cara yang perlu aku tunjukkan pada ko Zid yang aku suka ko sebagai sahabat aku sahaja."monologku kecewa.


Setibanya di tempat kerja, aku terus bergegas ke bilik meeting dan nasibku sangat baik kerana kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk pembentangan telah tersedia dan semestinya Zid punya kerja lah. 

"Zid, thanks you so much."ucapku terharu.

"U re most welcome Sya. Glad to help."ucapnya tersenyum.

"Ok, nampaknya semua dah ada. Sya, boleh kamu bentangkan Software tu sekarang?", suara En Furqan mematikan perbualan kami.

"Baik boss",balasku segera. 

Setelah 1 jam, semuanya selesai.

"Fuh, aku lega sangat Zid. Nasib baik semuanya berjalan lancar.",ucapku gembira.

"Baguslah. Aku suka tengok ko bila ko macam nih dan bukannya Sya yang pendiam."ucapnya selamba.

"Maksud ko ape Zid?"balasku segera.

"Yelah, aku selalu perhatikan ko. Ko selalu je nampak sedih dan suka menyendiri serta susah sangat nak tengok ko tersenyum." ucapnya sambil merenung wajahku.

Lidahku terus kelu untuk berkata-kata dan aku hanya mampu menundukkan wajahku kerana tidak selesa ditenung olehnya.

"Sya, sini kejab.", jerit Umi.

Jeritan Umi mematikan segala keluku itu. "Oklah Zid, pape pun thanks untuk harinie. Aku pegi kat umi dulu." ucapku sambil melangkah ke tempat Umi.

"Sya, Sya.. Bilalah ko akan buka pintu hatimu itu untuk ku Sya. Aku akan tunggu ko selagi ko belum menjadi milik sesiapa.",ucapnya nekad sambil menuju ke Cafe untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak meeting tadi.  

No comments: