Badge

Wednesday, 4 February 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 2)

             "Ma, Sya dah balik nih. Mama kat mana? Mama~~~",jeritku. "Ya Allah, kenapalah si Sya nih suka benor jadi tarzan. Terjerit sana terjerit sini. Ish. Mama kat belakang ni Sya. Kamu kenapa?",balas Pn Ani sambil membebel. Sengihan bersama gigi iklan darling aku berikan pada mama. "Ma,Sya dah dapat kerja dah kat tempat tu. Esok Sya dah kerja.. YYYeeeaaahhh!!",omelku. "Sya, cuba sikit jaga perangai tu. Kamu tu perempuan. Cuba ayu-ayu sikit.",bebel Pn Ani. "Ala mama nih, macam tak biasa pulak gan Sya. Ma dengar tak Sya bagitahu apa tadi ma?",rengekku. "Ye Cik Nur Fasya Bt Mohd Zaidi. Patik mendengar segala percakapan tuan puteri. Alhamdulillah tuan puteri sudah mendapat kerja.",balas Pn Ani sambil mengusik. "Waa, comeinya mama cakap gitu. Ayu gitu. Hahaha.",ucapku jahat. "Sya, mama nak tanya sikit boleh?",tanyanya serius. "Boleh je mama. Tanya banyak pun takpe",balasku. "Sya masih marah pada papa tentang peristiwa 3 tahun lalu?",tanyanya. "Eh mama nih. Perkara tu kan dah lama berlalu. Sya dah tak ingat lagi dah.",balasku tersenyum. Mama cuma mengangguk mendengar jawapanku. "Oklah mama, Sya nak naik mandi dulu. Badan rasa melekit-lekit je nih.",ucapku sambil mencium pipinya dan menuju ke tingkat atas. Pn Ani cuma mengangguk lagi untuk kali kedua sambil memerhatikan gerak geri anaknya menuju ke tingkat atas. "Sampai bilakah dia ingin bersendirian? Umurnya sudah hampir mencecah ke angka 30.Anaknya itu lawa tetapi mengapa masih bersendirian?",keluh Pn Ani kerisauan. Kebetulan Mak Mah sedang menatang dulang minuman menuju ke arah Pn Ai dan terlihat majikannya sedang mengeluh terus menegur. "Puan risaukan Sya ke?",tanyanya. "Ibu mana tak risau Mah. Sya tu masih menyendiri sehingga sekarang. Risau saya dibuatnya. Saya nih dah tua Mah. Sebelum saya menutup mata, saya ingin melihat seseorang yang mampu menjaga, mendidik dan membahagiakannya.",ucapnya. "In shaa Allah puan. Jodohnya akan tiba tidak lama lagi. Semuanya percatuan Allah S.W.T. Beliau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana",pujuk Mak Mah. "In shaa Allah",balasnya. Senja bakal menjelang tiba dan kedua-dua insan itu melangkah meninggalkan halaman belakang rumah untuk membersihkan diri. Sedangkan di tingkat atas, en Zaidi hanya merenung redup melihat situasi itu. "Adakah Sya masih marahkanku tentang peristiwa dulu?",bisiknya sambil menyapu air mata yang mengalir lesu di pipi. "Maafkan papa Sya. Andainya papa tidak seangkuh itu dulu, mesti sekarang kamu sedang berbahagia. Papa akan tebus kembali kesilapan papa. Maafkan papa sayang.",ucapnya berjanji.

   
         Malam itu seluruh keluarga berkumpul di ruang tengah untuk perbincangan keluarga selepas makan malam. "Semua dah ada ke?",tanya En Zaidi. Semuanya mengangguk. "Tujuan Zaidi kumpulkan kalian semua malam ni untuk mengumumkan perkahwinan Mohd Rahul dengan pilihan hatinya",katanya. "Ha? abang Rah nak kahwin dah papa? Waaa seronoknya.",jeritku. "Eh, budak nih. Suka betul terjerit-jerit macam tarzan.",omel Pn Ani. "Eleh Ani oit, awak pom macam tu jugak",usik papa dan muka mama sudah berubah rona merah. "Comelnya tengok gelagat papa gan mama nih. Sweet.",gumamku dalam hati sambil tersenyum. "Pa, bila abang nak balik dan siapakah bakal kakak ipar Sya?"tanyaku tidak sabar. "Hehehe. Abang kamu balik minggu depan dan katanya rahsia. Kamu koreklah rahsia tu dengan abang kamu. Papa tak masuk campur.",ucap papa sambil mengecit mata kanannya. "Ish, kedekut betul", kataku sambil memanjangkan muncung. "Sya, nanti temankan mama pergi pasar borong esok pagi ye.",ucapnya padaku. "Ai,ai Kapten. I can here you. Hehehe.",balasku mengusik macam dalam cite spongebob squarepants tu. Tergeleng-geleng kepala mama melihat telatah anak gadisnya itu. Suasana di ruang tamu masih meriah dengan suara sanak saudara  antara sebelah mama dan papa. Keluarga sebelah mama seramai 3 orang dan mama adalah anak bongsu, manakala bagi sebelah papa pula sangat berbeza. Papa mempunyai 5 adik beradik dan papa merupakan anak ke 4. Kedua-dua datuk dan nenekku pula telah kembali kepada Sang Penciptanya. Al-Fatihahku sedekahkan kepada mereka. Suasana bising itu ku tinggalkan secara senyap-senyap dan menuju ke belakang rumah bagi melegakan keresahan yang bertandang. Ku labuhkan punggung di atas buaian sambil berfikir apakah kesudahan hidupku ini. "Abang dah nak kahwin. Aku bila lagi?",keluhku. Baru sekarang hati ini terdetik untuk mendirikan rumah tangga setelah mendengar perkhabaran tentang abangku itu. Aku hampir terlupa kewujudannya disebabkan telah lama tidak bersua disebabkan faktornya bekerja di Amerika. Dulu dialah tempatku mengadu tetapi kami berpisah setelah umurnya mencecah 18 tahun dan papa menghantarnya belajar di Amerika manakala aku masih tersekat disini menanti hari menemui bulan. Tapi itu semua adalah kenangan. Yang penting aku bahagia dengan hidupku kini walaupun masih bergelar seorang diri. Suara mak ngah mematikan lamunanku. "Sya, nape duduk kat luar nih sorang-sorang? Sejuk nih kat luar."ucapnya. "Sya saja je duduk kat luar nih mak ngah. Ambik anginlah katakan.",balasku tersengih. "Ish, anak dara tak elok berembun malam-malam gini. Tak manis tahu.",omelnya macam mama. "Mak ngah dah macam mama lah.",usikku sambil ketawa nakal. "Ish budak nih. Kita nasihatkan dia, dia pulak yang usik kita.",gomelnya geram sambil mencubit lenganku. "Aduh, sakitnya mak ngah. Macam ketam woo tangan mak ngah nih. Macam manalah pak ngah tahan eaa?",usikku lagi kali kedua sambil menjauhkan diri takut kena cubit lagi. Padahal tak sakit mana pom. Hehehe. Muka mak ngah dah cencorot geram. "Mak ngah, Sya gurau je tadi. Maafkan Sya ye?",ucapku memohon maaf sambil memeluknya. Mak ngah membalas pelukanku sambil tersenyum dan mengangguk. "Mak ngah, Sya masuk dululah ye. Tiba-tiba ngantok pulak.",ucapku sambil tersengih apabila melihat kedatangan pak ngah. Nak bagi chance datinglah katakan. Hehehe. Mak ngah mengangguk dan menghantar pemergianku dengan pandangan yang sukar ditelah. "Apa yang awak tengok tu Kila? Abang depan mata pun berangan lagi?",usiknya. "Abang nih, suka benor usik Kila macam tu. Kila cuma mengenangkan si Sya tu je. Sampai bilakah dia ingin menyendiri?"keluhnya. "Kila jangan risau. In shaa Allah sampai masa nanti untuk dia bahagia. Sama-samalah kita berdoa ye."ucapnya sambil mengucup dahi isterinya dan berjalan masuk ke dalam rumah dan meninggalkan kawasan yang semakin hening ditemani bunyi cengkerik.

No comments: