Badge

Saturday, 31 January 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 1)

                 "Fasya, apa yang kamu menungkan pagi-pagi nih? Dengar tak mama cakap apa?",tanya Pn Ani sambil menepuk bahuku. "Tak ada pape mama. Sya cuma fikir pasal kerja ni. Bilalah nak mula kerja. Sya bosanla duduk rumah je mama. Oh ye, mama tanya apa tadi?",getusnya. Pn Ani mengelengkan kepala melihat kelakuan anaknya. "Mama tanya, tempat interview haritu dah bagi jawapan belum? Kalau belum, kamu masuklah kerja dengan papa. Tolong papa apa yang patut kat syarikat tu."balas Pn Ani. "Adui, ni yang malas nih kalau mama bukak cite suruh kerja dengan papa nih",bisiknya. "Mama, Sya sakit perut lah tiba-tiba. Nanti kita sembang jap lagi eaa",alasannya sambil melarikan diri. "Eh budak nih, selalu je macam nih kalau bukak cite suruh kerja dengan ayahnya. Apa yang ditakutkannya pun tak tahu lah",bebel Pn Ani. "Sorry mama. Sya tak sedia lagi nak kerja dengan papa."bisikku. Kenangan lalu masih sukar untukku lupakan. "Sya, kamu dengar tak papa cakap apa nih?",tegas En Zaidi. Sya cuma menunduk dari tadi. "Papa nak kamu putuskan hubungan kamu dengan Izan. Dia tak setaraf dengan keluarga kita. Tengok saja keluarganya, MISKIN."tengkingnya. "Tapi papa, Sya sayang Izan. Dia baik dan beragama walaupun dia seorang yang miskin pa.",balasku. "Aku tak kira, ko putuskan jugak hubungan ko dengan budak  miskin tu dan berkahwin dengan Zack!"marahnya. "Papa, Sya tak cintakan Zack. Zack bukannya boleh dibuat suami. Kalau papa still jugak bertegas, papa saja yang kahwin dengannya."balasku berani. "Dasar anak kurang ajar",marahnya sambil menamparku. "Keputusan aku muktamat! Kalau ko berdegil jugak, aku hantar ko ke England dan aku upah orang untuk cederakan Izan!"tengkingnya sambil berjalan keluar dan menghempas pintu bilik bacaan. Aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib hidupku ini. Bunyi buaian mematikan lamunanku. Walaupun perkara itu sudah 3 tahun berlalu tapi aku masih sukar melupakan kejadian itu. Setahun kemudian, papa mulai kenal dengan sikap sebenar Zack sekeluarga dan dia sungguh menyesal dengan segala yang berlaku dan meminta maaf kepadaku.What can i say "I can forgive but not to forget". Mama pula menangis kesyukuran kerana papa mulai sedar daripada sikap angkuhnya itu. "Izan, bagaimanakah kehidupanmu sekarang?",bisikku. Senja mulai melabuh tirai dan dengan longlai aku melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke bilikku.


            Jeritan mama bergema di rumah agam yang sunyi itu. "Fasya, kamu masih tak bangun lagi ke? Anak dara apa nih bangun tengah hari nih?,bebel Pn Ani. "Ma, cuba slowkan sikit volume mama tu. Malulah Sya kat Mak Mah. Sya dan bangun dari subuh lagi la my beautiful mother",balasku sambil mengucup pipinya. Pn Ani tersenyum manis melihat gelagat puterinya itu. "Yelah, mana taknya. Mama panggil berkali-kali, kamu senyap je. Ingatkan still tidor."ucapnya. Hanya sengihan yang ku berikan mendengar omelan mama. "Mama, Sya pergi dulu ye.",ucapku, "Eh, kamu nak kemana pulak pagi-pagi nih?"tanya Pn Ani. "Ma, hari ni Sya ada interview dekat Kollect System. Lupalah tu."usiknya. "Bila pulak kamu bagitahu mama kamu ada interview pagi nih?"omelnya. "Eh, takde eaa..? Sya kot terlupa ma. Sya ingat Sya dah bagitahu mama semalam. Hehehe",balasnya. Tergeleng Pn Ani melihat perangai anak daranya itu. "Mama, Mak Mah, Sya pergi dulu. Doakan Sya dapat kerja ni ye.",Lambaiku sambil mengundur kereta. "Yelah, hati-hati bawak kereta tu."balas mereka berdua serentak.


        Berbakul-bakul doa telah ku baca sebelum melangkah masuk ke bilik interview. Segala perbincangan berjalan lancar. Akhirnya, tibalah saat-saat menakutkan iaitu keputusannya bakal menjelang tiba sebentar lagi. "Nur Fasya Bt Mohd Zaidi. Sila masuk ke Bilik B",bicara Pn Su, setiausaha syarikat itu. Kakiku melangkah laju menuju ke Bilik B dan pintu ku tolak dan ku ambil tempat di hadapan seorang lelaki. "Tahniah Cik Fasya. Kamu diterima bekerja di sini.",ucapnya. Aku tanpa segan silu terus terjerit kecil sambil meraup wajah tanda kesyukuran. "Terima kasih En kerana memberi peluang kepada saya untuk berkerja di syarikat ini dan akan saya buktikan kemampuan saya.",balasku gembira. "Esok kamu sudah boleh mula bekerja dan nama saya Mohd Yazid. Manager disini. Selamat berkenalan.".balasnya. "Terima kasih En Yazid. Kalau takde pape saya meminta diri dulu.",balasku. "Baiklah. Hati-hati memandu",balas En Yazid. "Inikah gadis yang berjaya mencuri hati anakku?",bisik hatinya. Sya dengan gembiranya memandu pulang ke rumah sambil bernyanyi kecik sementara di hadapannya mempunyai seungkap rahsia yang bakal menjelang tiba. Apakah nasibnya selepas ini? BERSAMBUNG~~~~~~


Ha, nak baca lebih lanjut? Tunggulah sambungannya lusa~~~.. Hehehe....   ;).Anum    

No comments: