Badge

Friday 18 May 2018

" Weirdo 2 ! "

"Sir, itukah Puteri Arsyaru yang menghilang selama ini?", tanya Koko sambil bertolakkan dengan Kiki untuk melihat buruan mereka kerana dilindungi oleh susuk tubuh tuan mereka.

"Yes!, itulah Puteri yang selama ini disembunyikan oleh Lord Troy daripada kita semua",ucapnya penuh teruja kepada pengikutnya.

"Sudah hampir cukup umur engkau wahai puteri. Tak lama lagi, engkau akan kembali kepadaku". ngomelnya sendirian sambil tersenyum sinis dan berlalu menghilang di kepekatan malam.


xxxxxxx


"Macam ada yang perhatikan aku je nih", bicaraku sambil mengosok lenganku yang tiba-tiba terasa meremang.

"Zana, Thanks bungkuskan makanan ini untuk aku. Berapa semuanya ni?",tanyaku sambil mencapai dompet diatas meja.

" Tak perlu bayar Arsya sebabnya ada secret admire ko yang belikan masa aku di kedai. Dia pelik sebab tak nampak ko tadi dan dia bersama member dia join makan sekali dengan aku dan Muna. Aku lupa nama dia tapi dia satu batch dengan kita tapi lain course. ",ucap Zana.

" Aik, seriusly Zana? Handsome tak?  Pape pun selamat sikit duit belanja aku untuk bulan ni." , balasku nakal dan mendaratlah tangan ketam Zana diperutku.

" Uish, sakitlah na. Jari ko ni macam ketam au. " , rengetku ke Zana.

“ Banyak songehlah ko ni Arsya. Dah-dah makan dulu sebelum siapkan assignment Web & Database tu. Nanti karang bising Pn Syura tu”,ucap Zana dimeja belajar bersama memek muka nenek-nenek.

“Aku dah siapkan masa kat kelas lagilah. Kau je yang tak siapkan lagi. Tulah, suka sangat tangguhkan kerja. Kan dah susah. Tengok macam aku ni ha, siap dah boleh goyang kaki dah atas katil sambil makan-makan au.”, perliku ke Zana.

“ Wah-wah!!! Banyak pulak mulut kau eaa. Bukan tangguhkanlah, Cuma nak cari idea sikit tu yang bawak balik bilik okay. Alang-alang kau dah siapkan, bagilah aku tiru Arsya ", ucapnya tergedik-gedik.

" Ambiklah dalam laptop tu, tapi nanti ubahlah sikit-sikit nanti Pn tahu masalah kita nanti Zana. ", balasku

" Beres boss. Sayang kau. ", balasnya sambil memelukku.

" Ish, rimaslah na. Nak makan ni. ", ucapku sambil ketawa kecil.