Badge

Monday 25 May 2015

Love vs Sacrifice 3

Musim dan Suhu :

  Luruh / Fall / Autumn : Mac - Mei
  Sejuk / Winter : Jun - August ( cecah -2 darjah celcius)
  Bunga / Spring : September - November
  Panas / Summer : Disember - Februari (cecah 46 darjah celcius)

     Suasana di Melbourne, Australia sangat nyaman. Maklumlah baru tiba musim bunga. Lepas musim sejuk lah katakan. Memang akan ramai yang keluar bersama keluarga bagi menghirup suasana di sini. Telatah masyarakat membuatkanku tenggelam dalam duniaku sendiri walaupun omelan Julia masih terngiang-ngiang di telinga.

"Aduh, penat betullah layan kerenah penumpang nih. Ko tak penat ke layan kerenah mereka Mia?",gomel Julia.

  Aku abaikan sahaja omelan Julia tu.

"Mia, ko dengar tak aku cakap nih.? Geramlah cakap dengan ko nih. Apalah yang ko suka sangat bila tibanya musim bunga kat sini sampai aku cakap pun ko wat tak dengar je.", bebel Julia sambil mengoncangkan badanku.

"Iya, Aku dengar Ju. Penat tu penat jugak tapi itukan dah tugas kita. Bersabar jelah yang kita mampu lagipun perangai manusia nih berbeza-beza. Kalau semua perangai manusia nih serupa, aku rasa takde doh manusia nih berbunuhan sesama sendiri, sebabnya dah memahami antara satu sama lain. Betul tak? ",balasku ke Julia.

"Tulah pasal Mia. Aku cuba sabar je tadi. Kalau ikutkan hati, aku nak je lempang laju-laju kepala minah kerek tu biar sampai terteleng kepala. Biar padan muka dia",balasnya kegeraman.

"Haha, dah-dah. Jom kita check in. Lepas nih, aku nak pegi cari kedai kek. Dah mengidam nih.",ucapku.

"Mia, ko nih kelakar la. Pantang nampak cafe bakery laju je ke situ. Ish,ish,ish. Cuba pegi shopping baju-baju atau alat mekap sikit.",balasnya tergelak.

"Haha, nak buat macam mana, aku dan bakery dah jadi kembar yang sangat susah dipisahkan. Hihi. Jomlah cepat check in dan lepas tu kita shopping."ajakku teruja.

Tiba-tiba Julia mengeluarkan idea bernas dia itu.


"Mia, jom kita lumba nak ? Siapa sampai ke bilik dulu, dia menang dan yang kalah kena belanja yang menang tu. Tak kira pape pun permintaan si pemenang.",cabar Ju.

"Ok, set. Aku terima cabaran tu. (Hihi, Dalam kepala ada dah plan jahat.Haha.). Eh Ju, tu bukan Farid ke? Sape kat tepi die tu weh?", ujarku sambil mengorak langkah seribu ke tempat penginapan.

"Mana-mana?! Aku tak nampak ppuunn. Wehh Mia, jahatnya ko ! Tak adil betul tau main tipu. Ish. Weh tunggu daku wahai kekanda " , jeritnya memecahkan keheningan lobi hotel sambil mengejar langkahku.

"Haha. The best women win Ju .", ucapku sambil memulas tombol pintu.

"Main kotor ko kan Mia ! Grr.. Pape pun, nanti aku belanja ko Kek Coklat .",ujarnya kegeraman.

"Haha. Jangan marah ok . Set, jumpa masa dinner ok. Sekarang, jom kita masuk bilik masing-masing dan kemas barang-barang sebelum kita keluar merayap."ujarku riang.

"KNOCK , KNOCK , KNOCK .”,bunyi pintu bilikku diketuk.

“Mia, ko ada kat dalam ke ?", suara Julia kedengaran.

"Masuklah. Aku tak kunci pintu tu Ju .",balasku.

"Mia, ko jadi keluar ke ? Aku mintak maaf sangat-sangat.”ucapnya tiba.

“Lah, kenapa ko mintak maaf kat aku pulaknya.”,tanyaku pelik.

“Sebenarnya aku lupa yang aku dah janji dengan Farid terlebih dulu untuk keluar teman dia cari barang hantaran kita orang. Aku tahu ko tak suka orang mungkir janji. Maafkan aku Mia.”,ucapnya takut-takut.

“Ju, takpe. Lagipun bukannya ko sengaja. Ko keluar je dengan Farid. Aku tak kisah pun.”,balasku tersenyum.

"Betul nih Mia ?",tanyanya,

"Betul. Just go and be careful ok .",ucapku sambil tersenyum.

"Mia, ko sajalah kawan yang sangat memahami.",ucap Ju sambil memelukku.

"Iyaa. Dah-dah.! Baik ko gerak sekarang sebelum mulut murai si Farid tu bising."balasku mengusik.

"Jahat ko kan. Suka hati je kutuk dia tapi memang betul pun. Hihi. Oklah, bye Mia. Hati-hati kalau ko keluar jugak ok."balasnya sambil melambai dan bayangannya hilang disebalik pintu.

"Urmm,"balasku sambil mengeleng melihat telah si Julia nih. 


No comments: