Badge

Friday 13 February 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 4)

    “Sya, akhirnya kita di ketemukan kembali. Mengapa dulu kau pergi tanpa berita Sya. Kenapa? Dirimu masih serupa seperti dulu. Siapakah budak kecil dalam dukunganmu itu?”,bisikku dalam hati tanpa sedar bahawasanya aku sudah tenggelam dalam duniaku sendiri. “Kenapa dengan abang Izan? Mood dia berubah secara tiba-tiba.” gumam Mun. “Mun ada cakap pape ke?”,tanya Izan selepas terdengar sedikit omelan Mun. “Abang ok ke? Kenapa muka abang serius je lepas kita keluar daripada pasar tadi? Abang membisu je dari tadi.”,ucapnya. “Owh, takde pape Mun. Abang cuma pening kepala itu je. Nanti kirim salam kat semua ye.”,balasnya sambil menukar topik setelah tibanya kami di hadapan rumah Mun. Mun adalah adik angkatnya yang merupakan kawan baik papanya.


    Dia tahu Mun mempunyai perasaan padanya tapi dia cuma menganggap Mun sebagai adiknya sahaja. Selepas Mun turun, dia terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Mun. Mun cuma memandang sayu ke arah kereta Izan yang meluncur laju ke jalan raya tanpa memberikan hon seperti biasa. “Mun sedar yang sebenarnya Abang Izan cuma menganggap Mun sebagai adik tapi Mun sukakan abang dan Mun akan tawan abang sehingga abang menjadi milik Mun.”ucapnya penuh nekad.


    Dalam masa yang masa, jiwa Sya juga sedang bergelora kencang dengan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. “Kau sudah berpunya Izan? Aku sangat berharap dirimu masih membujang sepertiku. Maafkan aku tentang peristiwa dulu.”,bisikku sayu. Mama tidak mengenali Izan kerana belum sempat ku kenalkan kepadanya papa telah menghalang perhubungan kami. Walaupun mama mengetahui kisahku tetapi mama belum pernah bertemunya.


    Sesampainya dirumah, Ira ku dukung dan ku bawa ke ruang tamu dan ku baringkannya di atas toto bersebelahan dengan baby Umairah, isteri abang papa dan kakiku terus laju menuju ke bilik sebelum air mataku membasahi pipi. Di bilik, aku menangis teresak-esak dan aku tidak mengetahui mengapa air mata ini sungguh laju menghujani pipiku. Adakah aku kecewa melihatnya dengan insan lain?”,ucapku teresak-esak. Sepatutnya aku harus gembira melihat dirinya yang sudah berbahagia. Lagipun semua ini adalah silapku. Aku tidak menerangkan perkara sebenar mengapa aku meninggalkannya dulu dan mengambil langkah melarikan diri darinya. Masih terngiang-ngiang pujukannya di telingaku.


    “Sya, kenapa awak selalu larikan diri daripada saya kebelakangan ini? Saya ada lukakan hati awak ke Sya? Sya, pandanglah saya Sya. Cakaplah apa salah saya dan akan saya betulkan kesilapan dan kekilafan diri ini Sya.”,ucapnya penuh syahdu. “Awak takde buat pape silap pada saya Izan, cuma saya sangat sibuk dengan final projek. Awak tahulah kan.”,balasku sambil menahan air mata. Sedangkan saat ini jiwaku bergelora kencang untuk mengungkapkan sebaris kata perpisahan.


    “Izan, aku tak sanggup melukakan hatimu dan aku juga tidak sanggup memutuskan perhubungan kita ini tapi hanya satu yang ku pinta. Selepas kehilanganku, berbahagialah dikau dengan hidupmu.”,bisikku di dalam hati sambil menatap seluruh raut wajahnya seolah-olah wajah itu akan luput dari ingatanku. “Kenapa Sya tengok Izan macam tu? Muka Izan comot ye?”,tanyanya sambil memegang wajahnya dan ku balas dengan gelengan beserta senyuman padanya. “Sya, jom teman Izan makan. Dari tadi lagi Izan tunggu Sya habis kelas tau. Mula-mula nak je Izan pergi makan dulu tapi takut nanti Sya lari lagi kalau tak tunggu.”,selorohnya tersengih sambil mencuit hujung pangkal hidungku. Ku elak sopan agar dia tidak terasa hati dengan elakan ku itu. “Iyelah, jom Sya temankan Izan makan. Sorrylah sebab minggu nih payah untuk kita berjumpa sebab Sya memang bz sangat. Lecture bagi assignment berlambak-lambak.”,ucapku ceria walaupun hatiku sudah menangis tersedu-sedu sambil kaki melangkah ke kafe.


    Kami menjamu selera di kampus kafe. “Izan, apa kata hari ini kita keluar habiskan masa sama-sama sebelum kita graduation. Nak tak?”,ajakku bersemangat selepas kami sudah menjamu selera. “Ok, jom. Sya nak pergi mana? Cakap je, nanti Izan bawakkan cuma tolak ke bulan dan bintang jelah Izan tak mampu.”,selorohnya gembira. “Apa kata, kita pergi tengok wayang, pergi taman tema, pergi zoo negara dan last sekali kita pergi Cameron Highland.”,ajakku teruja. “Ok, Izan on je. Jom, mulakan pengembaraan sekarang.”, balasnya excited dan aku memandang ke arahnya tanpa berkelip dan akan ku sematkan kenangan ini selamanya.


    Kesemua aktiviti itu kami lakukan dengan penuh kegembiraan dan aku juga mampu melupakan sementara kesedihan di hatiku ini. Sekarang aktiviti yang terakhir sebelum aku meninggalkannya selama-lamanya untuk keselamatan dirinya. “Izan nak tahu satu benda tak?”,ucapku tiba-tiba ketika kami berdua sedang duduk berehat di sebuah bangku sambil menghadap pemandangan ladang teh yang sungguh meluas dan dibalas dengan bunyi hhuurrmm olehnya. “Sya impikan kehidupan yang sederhana dan mempunyai anak-anak yang comel dan soleh serta solehah sambil di kelilinggi persekitaran menghijau macam suasana kat sini. Nyaman, bahagia dan tenteram walaupun tidak kaya seperti kehidupan Sya ketika ini.”,ucapku sambil memandangnya dan jelas terpancar cahaya kebahagiaan di raut wajahnya.


    “In Shaa Allah, semua impian Sya akan Izan tunaikan sebaik-baiknya.”,balasnya lembut sambil mengusap kepalaku yang berlapikkan tudung. Sungguh tenang usapan itu dan tanpa sedar air mataku laju menuruni pipi sehingga Izan menjadi panic tiba-tiba. “Sya, kenapa ni? Kenapa nangis ni? Sya sakit ke @ Sya lapar?”,ucapnya mengelabah. Ku sapu air mata itu dan tertawa melihat gelagatnya dan tiba-tiba kkrruuukk... Rupanya bunyi perutku yang lapar dan meminta untuk di isi dan kami sama-sama ketawa. Saat itu sungguh bahagia sekali dan hari itu merupakan hari terakhir ku melihatnya.


    Ketukan di pintu bilikku mematikan segala kenangan kami dulu. "Sya, kamu buat apa tu kat dalam bilik nih. Jom turun dapur tolong mama dan sedara kamu yang lain untuk sediakan makanan tengah hari. Selepas zohor, kita semua nak berangkat ke rumah bakal kakak ipar kamu untuk sarungkan cincin.", ucap mama di luar pintu. Ku sapu air mata dan menutup sliding door sambil membalas "Ok mama, kejab lagi Sya turun. Sya nak mandi dulu. Badan nih dah melekit-lekit.",ucapku sambil mencapai tuala dan menuju ke bilik air serta berazam untuk memulakan hidup baru .

2 comments:

Anonymous said...

Nice, kesian diorang. Masing2 keliru dgn status....

Anonymous said...

Kesian kan... >_<.. Hehehe.. Thx sudi mmbca.. Teruskan mengikuti blog ini... :D...

Unknown person...