"Mia, aku dah balik. Ko kat mana?",jerit si Nori setibanya di ruang tamu.
"Weh Nori, kerja ko nak jadi tarzan je kan. Suara tu cuba slow sikit. Kalah suara si Tarzan." perliku selamba sambil membawa segelas air Oren untuknya.
"Haha, alah janganlah marah. Ala, ala syg mama nih.. Hihi", balasnya mengusik sambil menyambut huluran air Oren tu.
"Ish, ko nih. Aku nak kenakan ko. Last-last aku yang kena balik."balasku sambil tergeleng.
"Ko dah makan ke belum Nori? Kalau belum, aku ada masakkan ayam percik kesukaan ko tu."balasku sambil kaki menuju ke tingkat atas.
"Belum. Eh Mia, ko nak kemana tu? Jomlah makan sama-sama gan aku.",ajaknya.
"Aku nak naik mandi dulu. Lepas tu kita makan sama-samalah."
"Mia, tunggulah aku. Jom mandi sama-sama nak tak?" ajaknya mengusik.
"Kaki aku ko nak Nori? Gatal.",balasku sambil ketawa.
Beginilah kehidupan kami seharian. Kalau aku cuti, inilah hobi sambilanku dan Nori. Aku sanggup buat segalanya untuk kebahagian Nori kerana dirimulah, hidup seharianku penuh dengan kegembiraan.
"Mia, sedap gilerlah ko masak. Takde sape boleh lawan masakkan ko weh.",ucapnye sambil menyuap nasi ke mulut.
"Nori, cuba makan tu jangan bercakap time mulut tengah penuh. Tak comel langsung. Aku tahu lah yang aku nih pandai masak dan cantik lagi tu",balasku sambil memuji diri sendiri.
"Alamak, minah nih dah angkat bakul lah pulak. Nak muntah aku dibuatnye."balasnya tergelak sambil membuat memek muka loya.
"Haha, cakaplah ko jeles. Dah, dah. Makan cepat, nanti boleh tolong aku packing barang. Esok aku dah start fly.",ucapku padanya.
"Ala, yeke. Cepat pulak kali nih. Pape pun, ko mesti belikan aku oleh-oleh ok.." balasnya gembira.
No comments:
Post a Comment