Badge

Saturday 31 January 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 1)

                 "Fasya, apa yang kamu menungkan pagi-pagi nih? Dengar tak mama cakap apa?",tanya Pn Ani sambil menepuk bahuku. "Tak ada pape mama. Sya cuma fikir pasal kerja ni. Bilalah nak mula kerja. Sya bosanla duduk rumah je mama. Oh ye, mama tanya apa tadi?",getusnya. Pn Ani mengelengkan kepala melihat kelakuan anaknya. "Mama tanya, tempat interview haritu dah bagi jawapan belum? Kalau belum, kamu masuklah kerja dengan papa. Tolong papa apa yang patut kat syarikat tu."balas Pn Ani. "Adui, ni yang malas nih kalau mama bukak cite suruh kerja dengan papa nih",bisiknya. "Mama, Sya sakit perut lah tiba-tiba. Nanti kita sembang jap lagi eaa",alasannya sambil melarikan diri. "Eh budak nih, selalu je macam nih kalau bukak cite suruh kerja dengan ayahnya. Apa yang ditakutkannya pun tak tahu lah",bebel Pn Ani. "Sorry mama. Sya tak sedia lagi nak kerja dengan papa."bisikku. Kenangan lalu masih sukar untukku lupakan. "Sya, kamu dengar tak papa cakap apa nih?",tegas En Zaidi. Sya cuma menunduk dari tadi. "Papa nak kamu putuskan hubungan kamu dengan Izan. Dia tak setaraf dengan keluarga kita. Tengok saja keluarganya, MISKIN."tengkingnya. "Tapi papa, Sya sayang Izan. Dia baik dan beragama walaupun dia seorang yang miskin pa.",balasku. "Aku tak kira, ko putuskan jugak hubungan ko dengan budak  miskin tu dan berkahwin dengan Zack!"marahnya. "Papa, Sya tak cintakan Zack. Zack bukannya boleh dibuat suami. Kalau papa still jugak bertegas, papa saja yang kahwin dengannya."balasku berani. "Dasar anak kurang ajar",marahnya sambil menamparku. "Keputusan aku muktamat! Kalau ko berdegil jugak, aku hantar ko ke England dan aku upah orang untuk cederakan Izan!"tengkingnya sambil berjalan keluar dan menghempas pintu bilik bacaan. Aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib hidupku ini. Bunyi buaian mematikan lamunanku. Walaupun perkara itu sudah 3 tahun berlalu tapi aku masih sukar melupakan kejadian itu. Setahun kemudian, papa mulai kenal dengan sikap sebenar Zack sekeluarga dan dia sungguh menyesal dengan segala yang berlaku dan meminta maaf kepadaku.What can i say "I can forgive but not to forget". Mama pula menangis kesyukuran kerana papa mulai sedar daripada sikap angkuhnya itu. "Izan, bagaimanakah kehidupanmu sekarang?",bisikku. Senja mulai melabuh tirai dan dengan longlai aku melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke bilikku.


            Jeritan mama bergema di rumah agam yang sunyi itu. "Fasya, kamu masih tak bangun lagi ke? Anak dara apa nih bangun tengah hari nih?,bebel Pn Ani. "Ma, cuba slowkan sikit volume mama tu. Malulah Sya kat Mak Mah. Sya dan bangun dari subuh lagi la my beautiful mother",balasku sambil mengucup pipinya. Pn Ani tersenyum manis melihat gelagat puterinya itu. "Yelah, mana taknya. Mama panggil berkali-kali, kamu senyap je. Ingatkan still tidor."ucapnya. Hanya sengihan yang ku berikan mendengar omelan mama. "Mama, Sya pergi dulu ye.",ucapku, "Eh, kamu nak kemana pulak pagi-pagi nih?"tanya Pn Ani. "Ma, hari ni Sya ada interview dekat Kollect System. Lupalah tu."usiknya. "Bila pulak kamu bagitahu mama kamu ada interview pagi nih?"omelnya. "Eh, takde eaa..? Sya kot terlupa ma. Sya ingat Sya dah bagitahu mama semalam. Hehehe",balasnya. Tergeleng Pn Ani melihat perangai anak daranya itu. "Mama, Mak Mah, Sya pergi dulu. Doakan Sya dapat kerja ni ye.",Lambaiku sambil mengundur kereta. "Yelah, hati-hati bawak kereta tu."balas mereka berdua serentak.


        Berbakul-bakul doa telah ku baca sebelum melangkah masuk ke bilik interview. Segala perbincangan berjalan lancar. Akhirnya, tibalah saat-saat menakutkan iaitu keputusannya bakal menjelang tiba sebentar lagi. "Nur Fasya Bt Mohd Zaidi. Sila masuk ke Bilik B",bicara Pn Su, setiausaha syarikat itu. Kakiku melangkah laju menuju ke Bilik B dan pintu ku tolak dan ku ambil tempat di hadapan seorang lelaki. "Tahniah Cik Fasya. Kamu diterima bekerja di sini.",ucapnya. Aku tanpa segan silu terus terjerit kecil sambil meraup wajah tanda kesyukuran. "Terima kasih En kerana memberi peluang kepada saya untuk berkerja di syarikat ini dan akan saya buktikan kemampuan saya.",balasku gembira. "Esok kamu sudah boleh mula bekerja dan nama saya Mohd Yazid. Manager disini. Selamat berkenalan.".balasnya. "Terima kasih En Yazid. Kalau takde pape saya meminta diri dulu.",balasku. "Baiklah. Hati-hati memandu",balas En Yazid. "Inikah gadis yang berjaya mencuri hati anakku?",bisik hatinya. Sya dengan gembiranya memandu pulang ke rumah sambil bernyanyi kecik sementara di hadapannya mempunyai seungkap rahsia yang bakal menjelang tiba. Apakah nasibnya selepas ini? BERSAMBUNG~~~~~~


Ha, nak baca lebih lanjut? Tunggulah sambungannya lusa~~~.. Hehehe....   ;).Anum    

Friday 30 January 2015

SOMETHING UNEXPECTED : Kisah Menarik!.

SOMETHING UNEXPECTED : Kisah Menarik!.: Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di sebuah gereja yang terdapat di kampung t...

Kisah Menarik!.



Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula ia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya dan masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini.Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta,Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim. Pendeta itu menjawab,Dari tanda yang terdapat di wajahmu. Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan kedatangan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan. Tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Pendeta berkata, Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.Si pemuda tersenyum dan berkata, Silakan! Sang pendeta pun mulai bertanya,

1. Sebutkan satu yang tiada duanya?
2. Dua yang tiada tiganya?
3. Tiga yang tiada empatnya?
4. Empat yang tiada limanya?
5. Lima yang tiada enamnya?
6. Enam yang tiada tujuhnya?
7. Tujuh yang tiada kelapannya?
8. Kelapan yang tiada sembilannya?
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya?
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh?
11. Sebelas yang tiada dua belasnya?
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya?
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya?
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, Siapa yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismillah ia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman,Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami). (Al-Isra: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada kelapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman,
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. (Al-Mulk: 3).

-Kelapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman,Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka. (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mujizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, lidah, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat."(Al-An??am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mujizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, Pukullah batu itu dengan tongkatmu.Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman,Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, tak ada cercaan terhadap kamu semua. Dan ayah mereka Yaqub berkata, Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman,Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai. (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman,Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim. (Al-Anbiya:69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT,Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar. (Yusuf: 28).

-Walaupun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta.
Pemuda ini berkata, Apakah kunci surga itu mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kerisauannya, namun tidak berhasil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya cuma memberi satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! Pendeta tersebut berkata, Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah. Mereka menjawab, Kami akan jamin keselamatan anda.Pendeta pun berkata, Jawapannya ialah: Asyhadu Al La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.


Subhanallah Wal Hamdulillah Wa La Ilaha Ilallah HuAllahu Akbar. 


~Anum~

Saturday 3 January 2015

Biodata Rasulullah.. ^_^


Salam Maulidur Rasul Semua.. :)
Dibawah ini adalah Biodata Baginda. Bagi sesiapa yang tidak mengingatinya, marilah kita bersam-sama membacanya.. ^_^.. Semoga Hari ini dan selamanya kita berada di bawah keredaan Allah S.W.T.. Aamiin.. :)

Nama Baginda : Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar. 

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama