Badge

Wednesday, 31 December 2014

" Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali "

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)



KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

 MUHASABAH DIRI INI :

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.

2.  Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.

3. Memandang wajah Ibu yang sedang tidur dan sedar hingga berlinangan air mata.

3(a).Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur :
1. Anak
2. Ibu
3. Suami / Isteri

4. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

5. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

6. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu bapa kita yang telah tiada.

7. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.

8. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

9. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

10. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu bapaku”.Itu yang yang buat ibu bapa kita bahagia di sana.

11. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

12. Allah panjangkan usia Ibu bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu bapa sakit, berebutlah menjaga ibu bapa kita. Besar sangat pahalanya.

13. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit @ malu @ miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

14. ANTARA ANAK2 BERMASALAH :

1(a). LARI DARI RUMAH :

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

3(a). DEGIL :

4. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK. Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

               Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi. Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa "Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat.Sabar.Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia. Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya. Mudahkan Rezekinya.Sihatkan Tubuh Badannya.Jika Dia Melangkah. Selamatkanlah Dia. Mudahkan Langkahnya.Aaminn…Ust. Sihabuddin Muhaemin.



KISAH SEORANG LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SEHINGGA MAGHRIB.


Assalamualaikum diucapkan kepada semua. Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah yang telah saya temui di sebuah group usrah di telegram. Marilah kita bersama-sama membacannya dan menjadikannya ikutan sepanjang masa. :D

            Saya jumpa lelaki tua ini..Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.Baca al Quran..Umur dlm 70an..Duduk rumah dkt masjid.. Rumah agam besar & menarik. Hartanya di sana sini.. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..Katanya malu..Saya minta 1 formula, dia berikan 10...Saya catat & mahu kongsikan..


1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..Doa ibubapa adalah segala galanya..Ia tiada hijab, terus termakbul..Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..Doakan mereka apabila telah tiada..


2. Jaga masa..Ia datang & berakhir..Urus masa antara 5 waktu solat..Atur kerja dgn sebaik cara..Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..Berada di masjid, sebelum azan.. Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..Berserah pada Allah & bertawakal lah..Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..Usaha pagi ptg siang & mlm..Usaha lah bersungguh2..Usaha bermula dgn berniat..Lepas itu buat, sampai dpt..Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..Adakan masa utk baca Al-Quran..Maka dia pun nasihatkan saya.."Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..Banyak kan berjalan kaki..Banyaknkan minum air masak atau air mineral..Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..Ikat perut & usah membazir..Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..Apabila bersih masuk..Disitu kita akan temui ramai org susah..Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...Apabila dlm perjalanan, berhenti..Cari lah masjid..Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..Malam, buang sampah sarap..Basuh pinggan mangkuk..Pastikan semua teratur sebelum tidur..Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..Boleh dgr org mengajar..Boleh juga baca kitab..Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..Usah pakai posmen apabila berdepan soal penting..Biar kita merangkak panjat bangunan..Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..Usah cakap sakit..Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. 
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..Niat kan mahu bantu ramai org..Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain. Marilah kita bersama-sama istiqamah dalam amalan kebaikan. Yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah.Bersama amar maaruf nahi mungkar. ^_^


Wednesday, 24 December 2014

ANTARA 20 TANDA KEKASIH MULAI CURANG @ KURANG MINAT DENGAN KITA..



Assalamualaikum Diberi,
Salam Penceri Kehidupan,
Menghadap Insan Seluruh Alam,
Umat Islam Tali Persaudaraan.. ^_^


Antaranya adalah :

1. Perubahan tingkah laku/ minat :-
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu.  Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
2. Memberi alasan:-
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan...

3. Mengelak pandangan mata:-
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”

4. Selalu dengan telefon bimbitnya:-
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!

5. Gelisah tidak tentu pasal:-
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

6. Menolak:-
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

7. Membesarkan masalah kecil:-
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

8. Kurang melafazkan kata-kata cinta:-
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh

9. Tersasul menyebut nama panggilan lain:-
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.

10. Tidak menghargai pemberian anda:-
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh:-
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.

12. Menjawab panggilan secara berbisik:-
Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.

13. Mencari kesalahan anda:-
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.

14. Tidak mesra semasa bertemu:-
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.

15. Cepat marah :-
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.

16. Tidak mengendahkan rajuk anda :-
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.

17. Tidak menghubungi anda :-
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.

18. Berahsia / Menipu :-
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.

19. Hadiah secara tiba-tiba :-
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.

 20. Menghilangkan diri :-
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.


Thursday, 25 September 2014

Pasti Hadapi !!


Assalamualaikum pembuka bicara,,
Waalaikumussalam sahut berkata,
Budi bicara jangan dilupa,
       Junjungan kasih hamba berikan .. 

                                                                         ^_^ ~ Anum ~

Kehilangan ini semua insan pasti akan merasainya cuma yang berbeza adalah masa. 
Dalam masa tempoh setahun , dua orang insan yang amat ku sayangi tapi lebih disayangi oleh-Nya telah kembali kepada Pencipta-Nya. Sesungguhnya reda-Mu itu besar Ya Robb. Walaupun payah untuk ku terima tapi itulah yang harus kami sekeluarga menghadapinya. Sesungguhnya Engkau tidak menzalimi hamba-Mu dan Engkau jualah Maha Mengetahui.
Semoga roh kedua-dua arwah tok dan arwah poksu dicucuri rahmat-Mu dan berada di kalangan orang-orang beriman dan bertakwa. Jadikanlah kami sekeluarga dan semua hamba-Mu umat yang beriman dan bertakwa. Kematian adalah pasti bagi seluruh hamba-Mu termasuklah binatang. Disebabkan itulah, penuhi dirimu wahai manusia dengan ibadah dan amalan yang akan dibawa untuk menjadi perhitungan di Padang Masyhar kelak. Subhanallah, sesungguhnya hidayah-Mu itu adalah indah. Oleh itu kecapilah ia. Diri ini jua ingin merasainya. Aku rindu pada-Mu Ya Robb. Sesungguhnya aku berharap agar diri ini mampu menjadi umat-Mu yang solehah dalam menjaga agama-Mu yang benar dan mampu menjadi seorang isteri yang diredai oleh suami. Sesungguhnya lindungi kami semua daripada hasutan syaitan yang direjam. Lindungi kami dari arah belakang, hadapan, kiri, kanan, atas dan bawah daripada gangguan jin dan syaitan. Amin.. 

“Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)