Assalamualaikum
Diberi,
Salam
Penceri Kehidupan,
Menghadap
Insan Seluruh Alam,
Umat
Islam Tali Persaudaraan.. ^_^
Antaranya adalah :
1. Perubahan tingkah laku/ minat :-
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda
seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri.
Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu
dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada
sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri
misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal.
Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
2. Memberi
alasan:-
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba
menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah
suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih
dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan...
3. Mengelak
pandangan mata:-
Apabila bersama anda, si dia lebih suka
menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari
tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”
4. Selalu
dengan telefon bimbitnya:-
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia
masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia
tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik
batu!
5. Gelisah
tidak tentu pasal:-
Si dia asyik memandang jam tangan
seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda
terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun
apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya.
Agak jelas bukan?
6. Menolak:-
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu
tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu
belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin
lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.
7. Membesarkan
masalah kecil:-
Si dia sering merungut akan masalah yang
remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain
perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.
8. Kurang
melafazkan kata-kata cinta:-
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan
dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan
pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh
9. Tersasul
menyebut nama panggilan lain:-
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan
diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda
dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil
seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh
tertukar.
10. Tidak
menghargai pemberian anda:-
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang
dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik
dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah
jarang tersemat di jari manisnya.
11. Membalas
panggilan/ SMS acuh tak acuh:-
Perbualan telefon anda dengan si dia
menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri
dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah
perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.
12. Menjawab
panggilan secara berbisik:-
Entah kali ke berapa anda menelefonnya
tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit
cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak
lain katanya.
13. Mencari
kesalahan anda:-
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia
berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan
perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.
14. Tidak
mesra semasa bertemu:-
Walaupun anda berada di depan matanya
ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke
arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.
15. Cepat
marah :-
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang
dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu
mengongkong kehidupannya.
16. Tidak
mengendahkan rajuk anda :-
Perkara biasa dalam bercinta, ada
perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati
sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.
17. Tidak
menghubungi anda :-
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah
yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian
tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah,
apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu,
itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.
18. Berahsia
/ Menipu :-
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke
mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau
lebih teruk lagi – berbohong.
19. Hadiah
secara tiba-tiba :-
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda,
dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut.
Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si
dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.
20. Menghilangkan
diri :-
Ada suatu ketika anda lost contact
dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab.
Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.
No comments:
Post a Comment