Badge

Friday, 6 February 2015

Chrysanthemum Love's (Epi 3)

         Tanpa disedari mereka, aku melihat gelagat mereka itu. Di balkoni aku melepaskan lelah. Melihat betapa romantiknya pasangan Mak ngah dan Pak ngah. Sungguh bahagia dan penuh dengan kasih sayang. Melihat mereka begitu membuatkanku ingin memulakan alam berumah tangga. "Izan, bagaimanakah keadaanmu sekarang?",bisikku sambil mendonggak ke langit yang dipenuhi bintang-bintang berkelipan di angkasawan. Tiba-tiba air mata mengalir lesu membasahi pipiku. "Ya Allah, andai benar jodoh kami ada, temukanlah kami semula.",ucapku teresak-esak. Ku sapu air mata dan berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum kewajipan yang satu itu ku sempurnakan. Akhirnya setelah selesai kewajipan yang satu itu, ku rebahkan badan di tilam empukku dan tanpa disedari aku terlelap dengan kerinduan yang tidak kunjung hilang.


         Pagi itu aku cuma mengenakan baju dan tudung sedondong bewarna unggu cair bersama seluar jean biru pekat bagi menemani mama ke pasar borong. "Selamat pagi semua.",ucapku riang dan dibalas dengan anggukan oleh mereka. "Sya nak ke mana lawa-lawa nih?",tanya papa. "Papa lupa lagi lah tu. Semalam mama ajak Sya temankan ke pasar borong. Lagipun hari ni kan kita semua akan makan beramai-ramai. Yyyeeaaahhhh.",ucapku bersemangat. "Sya, dari dapur lagi mama dah boleh dengar suara kamu yang macam guruh tu. Bising betul.",omelnya. "Hehehe, ala mama sorry. Sya dah terbiasa lah. Mama nak gerak sekarang ke.?",tanyaku sambil tersengih. "Lagi 10 minit kita gerak. Tunggu semua bersarapan dulu.",ucap mama. "Baik boss",balasku mengusik. Kali ni En Zaidi pula tergeleng-geleng melihat perangai puterinya itu.


        "Kak Sya, Ira nak ikut. Nak ikut.",rengek Ira anak Mak ngah yang berusia 3 tahun. Bertubuh kecik, berambut kerinting dan berlesung pipit serta berkulit sawo matang. Seiras tengok dah macam anak patung. "Nanti kak Sya tanya Mak Ani dulu deh.",ucapku sambil mengusap kepalanya. Mak Ani itu gelaran yang Ira bagi untuk mama. "Ma,boleh kita bawak Ira pergi sekali?",tanyaku sambil berharap boleh tetapi mama mengeleng. Si Ira tu apa lagi. Meraung tak henti-henti. "Ma, kita bawak jelah ye. Nanti Sya jaga. Sya janji. Kesian dia ma. Boleh eaaa, boleh eaaa.?",pujukku sambil membuat muka cute. "Yelah, boleh. Kamu jaga betul-betul paham.",balasnya tegas sambil meluku kepalaku. "Yes, jom ikut kak Sya jom!",jeritku mengajak Sya. "Yyeeaahhh, Ira boleh ikut. Boleh ikut",jeritnya. "Ya Allah, budak berdua nih. Suka betul menjerit. Sorang dah besar dan yang sorang lagi tu masih kecik. Ish.",bebelnya.

     
         "Ira sedang bermain dengan teddy bearnya di tempat duduk belakang sementara mama sedang membelek senarai barangan yang hendak dibeli dan aku semestinya menjadi driver rasmi. Hehehe",bisikku sambil tersengih. "Sya, yang kamu ni tersengih-sengih dari tadi kenapa?",tanya mama tiba-tiba. "Eh, takde pape boss.",balasku segera dan sebagai balasan lenganku dipukul oleh mama. "Main-main pulak budak nih",marah mama dan senyuman manis ku berikan sebagai balasan. "Banyak ke barang-barang yang hendak dibeli ma?",tanyaku. "Takdelah banyak mana, cuma 20 perkara je.",balasnya selamba. "Ha! 20 je? Banyaklah tu mama oit",balasku terkejut dan mama pula mengetawakanku. Nampaknya aku pulak yang terkena kali ini. Aduit. Akhirnya, destinasi yang ditujui pun tiba. "Wa, banyaknya kereta. Mesti susah nak cari parking nih",gumamku dan dibalas anggukan oleh mama tapi akhirnya di satu sudut pasar tersebut ada satu petak kosong tetapi jauh sikit hendak berjalan tapi apa boleh buat, ambik jelah dari takde parking kan. "Ira, mari sini dekat kak Sya eaa.",ucapku sambil membuka pintu belakang untuk Ira. Manakala mama pula sedang mengeluarkan troli daripada bonet untuk memudahkan kami membawa barangan yang bakal dibeli sebentar tadi. Sedang sibuk melayan kerenah Ira tiba-tiba aku seperti ternampak kelibat seseorang yang ku kenali. "Izankah tadi? Mungkin aku je yang terperasan nih.",ucapku menyedapkan hati. "Sya, nape berhanti tiba-tiba nih? Kamu tengok apa?",tanya mama dan ku balas dengan gelengan.


       Arah tuju kami yang pertama adalah ke bahagian makanan basah. Mama membeli ikan, ayam, sotong, udang dan ketam serta kerang sebanyak 5 kilo setiap satu. Selain itu, mama juga beli sayur kangkung, bayam, kentang, cili padi, cili merah, tomato, carrot dan sayur kubis. "Ma, banyak giler barangan basah yang dibeli?"ucapku terkejut. "Owh, semua tu untuk stok minggu depan. Minggu depan mama malas nak keluar.",ucapnya. "Jom, ke barangan kering pula Sya",ajaknya. Ira pula sudah terlentok layu di atas dukunganku. Macam-macam herba Pn Ani ambik. Tergeleng-geleng aku melihatnya. Tiba-tiba, Ira merengek-rengek menyebut nama umi, umi. Terusku pujuk dan belai-belai belakangnya dan ketika itu mataku terpandang insan yang sangat ku kenali dan begitu juga dirinya yang sedang memandangku tanpa berkelip. Aku sungguh terkejut sehingga tidak mengetahui apakah yang perlu kubuat. Menegurnya atau membuat tidak mengenalinya. Disebelahnya terdapat seorang wanita muda yang sungguh ayu dan ku andaikan mungkin itu isterinya. Ku melangkah pergi mengikuti mama menuju ke kaunter sambil menunduk dan sedang mendodoikan Ira. Tiba-tiba aku terdengar suara wanita tadi yang telah ku belakangi. "Abang, nape berhenti nih? Abang sakit ke?",tanyanya. "Abang tak sakit Mun. Cuma terlupa pesan mama untuk beli herba apa tadi.",balasnya. "Betapa aku merindui suaramu Izan",bisikku sambil menangis di dalam hati dan berlalu pergi meninggalkan pasangan tadi.




4 comments:

Anonymous said...

Best! Nak sambungan~

Anonymous said...

Menarik ceritanya , teruskan sambung

-alia

Anonymous said...

Best², warna tulisan tukar boleh x? Susah nak baca... Hehehe

-kalisha

Anonymous said...

Terima kasih kepada anda sekalian kerana sudi membaca cerita ini.. In shaa Allah, sambungannya akan di publish esok... :).. Semoga sentiasa mengikuti blog ini... >_<

Anum