Kekejaman dilabelkan sebagai satu sifat yang amat dibenci oleh semua golongan tak kira manusia mahupun haiwan. Kejam menunjukkan watak seseorang itu yang tidak berhati perut malah tidak mempunyai belas kesian terhadap orang lain malah dirinya juga tidak begitu dihargainya. Sesungguhnya sayu hati apabila mengetahui perkembangan yang sedang berlaku di Mesir dan akhirnya kita adalah insan akhir zaman dan bersama-samalah kita mendoakan agar kekejaman di Mesir akan terus pudar dan lenyap. Wa'allahualam... Dari-Mu kami datang dan kepada-Mu jua kami kembali.. Subhanallah...
~ Anum ~
Badge
Friday, 16 August 2013
Takdir..
Betullah kata pepatah, kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yang menentukan dan ketika itu kita hanyalah mampu pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.. Jodoh, Ajal, Tanah Kubur, dan Rezeki semunya rahsia ALLAH S.W.T... Sesunggunhnya kita hanya mampu menerima semuanya dengan tabah walaupun amat sukar untuk kita menerimanya bukan.. Sesungguhnya amat sakit apabila insan terpenting dalam hidup kita telah melupakan kita @ meninggalkan kita. Sebgai manusia apalah kudrat kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Semua perkara yang berlku tnpa ada sesuatu pun yang trlps drpd pandangan-Mu Ya ALLAH.. Penyakit sering menyerang kita x kiralah insan bergelar manusia mahupun haiwan dan setiap penyakit yang dihadapi oleh kita in shaa Allah mempunyai penawarnya dan banyakkanlah beramal ibadah agar kita lebih dekat dengan Allah. Sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya kita hanyalah makhluk yang lemah yang cuma mampu merancang, berusaha dan berharap dan Allah yang menentukan segalanya dan takdir kita mungkin boleh diubah berdasarkan perkara yang kita lakukan dan bertawakallah dengan segala keputusan yang diperolehi. Sesungguhnya Allah amat menyayangi umat-Nya. Marilah kita bersama memuhasabah diri dan banyakkanlah beramal soleh. Peringatan ini buat diriku dan juga teman2 yang membaca. Assalamualaikum dan selamat beramal semua dan diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua insan yang beragama islam diseluruh dunia. Wa'allahualam..
~ Anum ~
Kesedaran?
Pada masa kini, wang adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita x kira dimana shja kita berada kecuali kepada insan yang berada di rimba dan alangkah indahnya jika aku juga boleh begitu. Hum. Wang boleh didapati dengan pelbagai kaedah samada secara halal ataupun bukan. Walaupun terdesak yang amat sangat untuk menggunakan duit @ sekeping kertas yang bewarna biru, sesungguhnya janganlah kalian mencuri. Sesungguhnya, cubalah mencarinya dengan cara yang halal dan ianya penting kerana ianya bakal kita gunakan dan akhirnya menjadi darah daging diri kita sendri. Pada zaman Rasulullah, hukuman yang dikenakan kepada sang pencuri adalah tangannya dipotong tetapi sebelum hukuman dijatuhkan, siasatan dilaksanakan terlebih dahulu. Tetapi jika ianya memang sudah tidak mampu, berdasarkn kepada si mangsa untuk memberikannya dan janganlah dihukum kepada insan yang memang tidak mampu atau dikenali sebagai fakir miskin seperti seorng insan mencuri sebuku roti untuk mengisi perutnya yang sudah lama tidak diisi.
Untuk membasmi sikap mencuri ini, kita haruslah mempunyai sifat simpati dan saling bantu membantu terutamanya kepada insan yang kaya raya kerana setiap harta yang dibelanjakan akan ditanya dan adkah kita gunakan ia untuk jalan Allah? Sesungguhnya tepuk dada dan tanya selera masing2. Kita lebih mengetahuinya dan janganlah bersikap sombong apabila kaya sedangkan sebelum kaya, kita juga mulai dari bawah bukan iaitu penuh dengan onak dan duri dalam menjalani kehidupan dan sepatutnya dari situ mengambil iktibar kerana kita telah merasai peritnya susah itu dan dari situlah kita muhasabah diri dengan membantu golongan miskin ini. Kadang2 ramai sudah yang tidak sedar dengan fakta ini bahwa semua insan bermula dari bawah dahulu sebelum ianya menjadi lebih senang dan marilah kita saling bantu membantu dan buangkanlah sikap sombong yang ada dalam dri itu. Sesungguhnya, jauhkanlah dri kami ini YA ALLAH S.W.T dari sifat2 mazmumah dan berkatilah kehidupan kami. Amin Yarobal Alamin.
Hati sayu apabila melihat insan bergelar manusia saling bunuh-membunuh demi mencapai kepuasan masing2. Sesungguhnya kita inilah golongan akhir zaman. :"(.. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar peperangan yang sedang berlaku di Mesir kembali aman dan saling menyayangi sesama kita sebagai umat islam. Amin Yarobal Alamin.
~ Anum ~
Kesabaran @ Ketabahan
Kehidupan memang mempunyai dugaan dan cabaran x kira tentang apa-apa keadaan sekalipun. Sentiasa muhasabah diri untuk membentuk jati diri yang tinggi dalam kehidupan agar dapat membendung diri dari melakukan perkara yang dilarang didalam Islam seperti dengan membunuh diri atau memohon pertolongan dari insan lain dengan kata lain syirik atau menyekutukan Allah S.W.T. Sikap kesabaran harus diasah dalam diri bagi memberi kita kekuatan menghadapi cabaran atau masalah yang timbul. Selain kesabaran, ketabahan juga memainkan peranan dalam hidup kita. Jika tidak mempunyai ketabahan, mampukah kita menghadapi masalah yang dihadapi ketika itu walaupun kita bersabar melaluinya. Tabah membuatkan kita menerima sesuatu masalah itu dengan gigih dan in shaa Allah kita x mudah untuk berputus asa dalam menghadapi pelbagai karenah dunia dan manusia dan pelbagai.
Seterusnya, kita juga jangan lupakan hubungan kita dengan Allah.s.wt kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan dari-Nya kita datang dan juga kepada-Nya kita kembali. Selain menjga hubungan dengan Allah, kita juga haruslah menjaga hubungan sesama insan x kiralah ianya makhluk bernyawa ataupun tidak kerana semua benda didunia adalah bernyawa dan cuma kita shja yang tidak dpt melihatnya bernyawa seperti kerusi, meja dan sebagainya. Kita hidup saling bergantung sesama sendiri untuk membentuk peribadi yang indah dan mencapai keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya sentiasa berbuat baik dan janganlah mengambil jalan mudah untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi seperti berada di dalam keadaan terdesak dalam kewangan dan mengambil jalan mudah dengan mencuri dan plng tidak thn mencuri pula barang teman2 sendri. Itu nmanya bukan menjaga hbgn sesama kita sebgai insan bergelar manusia. Manusia diberi kelebhan iaitu mempunyai akal jdi gunakanlah ia sebaik mungkin. Akhir kata, marilah kita bersam-sama memupuk sikap sabar dan tabah dalam diri ini agar kita tidak mudah melatah dan berputus asa.
~ Anum ~
Thursday, 8 August 2013
Raya
Assalamualaikum diucapkan kepada seluruh umat islam diserata dunia jika ada yang membaca blog ini.. :) ... First kita ingin mengucapkan selamat MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan maaf zahir dan batin dimohon dr hamba kepada kalian semua.. :D... Ha, raya sakan lah kalian semua kan? terutamanya bagi kanak-kanak... owh betapa indahnya mnjadi kanak2 bukn? Yelah, dapat duit raya, x de masalah nk pkir, x yah cri duit dan mcm2 lg lh yg best2 dan sering kanak2 lakukan... Hum, mesti ramai sedang berada disisi keluarga tercinta bukan? Waaa best tu.. huhu... Ha, tidak dilupakan juga kepada menu2 utk raya nie... banyak ke buat kuih raya? humm... sebenarnya tak thu dh nk tulis ape dan hanya satu shja bleh disampaikan iaitu SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DIMINTA DARI SAYA KEPADA ANDA SEMUA.. Harap dimaaf klau ada terkasar bahasa samada sedar @pun secara x sengaja.. Oklah selamat bercuti dan berbahagia bersama keluarga.. Assalamualaikum... XD
Subscribe to:
Posts (Atom)