Badge

Friday, 16 August 2013

Kesedaran?

Pada masa kini, wang adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita x kira dimana shja kita berada kecuali kepada insan yang berada di rimba dan alangkah indahnya jika aku juga boleh begitu. Hum. Wang boleh didapati dengan pelbagai kaedah samada secara halal ataupun bukan. Walaupun terdesak yang amat sangat untuk menggunakan duit @ sekeping kertas yang bewarna biru, sesungguhnya janganlah kalian mencuri. Sesungguhnya, cubalah mencarinya dengan cara yang halal dan ianya penting kerana ianya bakal kita gunakan dan akhirnya menjadi darah daging diri kita sendri. Pada zaman Rasulullah, hukuman yang dikenakan kepada sang pencuri adalah tangannya dipotong tetapi sebelum hukuman dijatuhkan, siasatan dilaksanakan terlebih dahulu. Tetapi jika ianya memang sudah tidak mampu, berdasarkn kepada si mangsa untuk memberikannya dan janganlah dihukum kepada insan yang memang tidak mampu atau dikenali sebagai fakir miskin seperti seorng insan mencuri sebuku roti untuk mengisi perutnya yang sudah lama tidak diisi.


Untuk membasmi sikap mencuri ini, kita haruslah mempunyai sifat simpati dan saling bantu membantu terutamanya kepada insan yang kaya raya kerana setiap harta yang dibelanjakan akan ditanya dan adkah kita gunakan ia untuk jalan Allah? Sesungguhnya tepuk dada dan tanya selera masing2. Kita lebih mengetahuinya dan janganlah bersikap sombong apabila kaya sedangkan sebelum kaya, kita juga mulai dari bawah bukan iaitu penuh dengan onak dan duri dalam menjalani kehidupan dan sepatutnya dari situ mengambil iktibar kerana kita telah merasai peritnya susah itu dan dari situlah kita muhasabah diri dengan membantu golongan miskin ini. Kadang2 ramai sudah yang tidak sedar dengan fakta ini bahwa semua insan bermula dari bawah dahulu sebelum ianya menjadi lebih senang dan marilah kita saling bantu membantu dan buangkanlah sikap sombong yang ada dalam dri itu. Sesungguhnya, jauhkanlah dri kami ini YA ALLAH S.W.T dari sifat2 mazmumah dan berkatilah kehidupan kami. Amin Yarobal Alamin.

Hati sayu apabila melihat insan bergelar manusia saling bunuh-membunuh demi mencapai kepuasan masing2. Sesungguhnya kita inilah golongan akhir zaman. :"(.. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar peperangan yang sedang berlaku di Mesir kembali aman dan saling menyayangi sesama kita sebagai umat islam. Amin Yarobal Alamin.



~ Anum ~



No comments: