Kehidupan memang mempunyai dugaan dan cabaran x kira tentang apa-apa keadaan sekalipun. Sentiasa muhasabah diri untuk membentuk jati diri yang tinggi dalam kehidupan agar dapat membendung diri dari melakukan perkara yang dilarang didalam Islam seperti dengan membunuh diri atau memohon pertolongan dari insan lain dengan kata lain syirik atau menyekutukan Allah S.W.T. Sikap kesabaran harus diasah dalam diri bagi memberi kita kekuatan menghadapi cabaran atau masalah yang timbul. Selain kesabaran, ketabahan juga memainkan peranan dalam hidup kita. Jika tidak mempunyai ketabahan, mampukah kita menghadapi masalah yang dihadapi ketika itu walaupun kita bersabar melaluinya. Tabah membuatkan kita menerima sesuatu masalah itu dengan gigih dan in shaa Allah kita x mudah untuk berputus asa dalam menghadapi pelbagai karenah dunia dan manusia dan pelbagai.
Seterusnya, kita juga jangan lupakan hubungan kita dengan Allah.s.wt kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan dari-Nya kita datang dan juga kepada-Nya kita kembali. Selain menjga hubungan dengan Allah, kita juga haruslah menjaga hubungan sesama insan x kiralah ianya makhluk bernyawa ataupun tidak kerana semua benda didunia adalah bernyawa dan cuma kita shja yang tidak dpt melihatnya bernyawa seperti kerusi, meja dan sebagainya. Kita hidup saling bergantung sesama sendiri untuk membentuk peribadi yang indah dan mencapai keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya sentiasa berbuat baik dan janganlah mengambil jalan mudah untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi seperti berada di dalam keadaan terdesak dalam kewangan dan mengambil jalan mudah dengan mencuri dan plng tidak thn mencuri pula barang teman2 sendri. Itu nmanya bukan menjaga hbgn sesama kita sebgai insan bergelar manusia. Manusia diberi kelebhan iaitu mempunyai akal jdi gunakanlah ia sebaik mungkin. Akhir kata, marilah kita bersam-sama memupuk sikap sabar dan tabah dalam diri ini agar kita tidak mudah melatah dan berputus asa.
~ Anum ~
No comments:
Post a Comment