Badge

Wednesday, 13 November 2013

ATASI STRESS...?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama sungguh rasanya tidak menaip blog nie.. Maklumlah malas katakan.. Pertengahan November hampir tiba dan sememangnya kita semua dalam area tengah stress.. X kiralah stress berkaitan apapun tapi bijaklah menanganinya.. Disini terdapat beberapa tip yang ingin dikongsikan bersama kalian semua.. ^_^.. Tapi kebanyakkan tip yang ditaip disini adalah daripada diriku sendiri kerana kita telah mengetahui keselesaannya.. Boleh pilih yang mana sahaja anda semua selesa dengannya.. Jom Baca... ^_^.... :->

1.  Stress Belajar :? Senang je tu.. :) . Waktu malam selepas solat isyak dan selesai membersihkan diri, tidorlah terlebih dahulu tetapi jangan lupa kuncikan @ setkan jam pada pukul 3 am bagi memudahkan kita terjaga pada pukul 3.30 am nanti untuk melihat suasana tenang dan nyaman ditemani pula dengan bintang2 berkeliaran di angkasawan.. Masa tu YA ALLAH cantik sungguh ciptaan-Mu..

2.  Elak Stress Time Exam :? Semua selalu alami kan..? Yang ini kena selalu baca nota yang berkaitan pelajaran walaupun cuma 2 helai sahaja yang dibaca bagi memudahkan kita mengingat. X de lah time esok lusa nak exam mengagau baca buku.. Nak lagi ingat, masa guru mengajar jangan salin nota sekali tapi dengar dulu apa yang dicakapkan dan selepas itu tulislah nota yang difahami oleh kita.. :).
3.  Stress Bercinta :? Ha , yang ni x patut au.. ;).. Senang je nak atasi ni, IN SHAA ALLAH.. Pertama, ingat matlamat kenapa kita BELAJAR.? Kedua, HARAPAN KELUARGA atas bahu x ye.? Ketiga, CINTA SAH LAGI BAHAGIA.. Keempat, baca AL-QURAN.. Kelima, cari diri iaitu MUHASABAH DIRI knpe jdi begini.? Keenam, GO TO SOME PLACE THAT MAKE YOU FEEL BETTER SUCH AS THE BEACH OR YOU FEEL COMFORTABLE WITH IT.. :)
4.  Stress Kena Paksa Study :? Untuk kebaikan nie.. :). Pertama, keluarga x nak tgok kita gagal. Kedua, cari perkara yang kita suka masa belajar. Ketiga, pikir jangan kecewakan ibu bapa. Keempat, Kalau x kenal maka x cinta kan? Maksudnya kat sini, kalau kita x nak cuba kita x thu yg study tu enjoy sebenarnye.. :)..
5.  Stress Gemuk :? Hehe semua gadis sebilangannya mengalaminya termasuklah saya.. ;0. Pertama, diet iaitu makan kurang kolestrol, karbohidrate, manis masam dan lemak. Kedua, jangan tinggal sarapan pagi. Ketiga, makan ikut masa yang ditetapkan. Keempat, makan dalam kuantiti yang sedikit. Kelima, banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Keenam, jangan makan masa dekat nak tidor. Ketujuh, MAKAN MALAM X BOLEH KECUALI MINUM SUSU. Kelapan, semua kat atas tu dah buat sekarang kena exercise.. :).. part yang nie memang semua malas nak buat sebab macam sakit je.. hehe.. sebenarnye mula2 je otot kita akan kejang dan selepas itu kita akan rasa badan tu ringan sangat. Kesembilan, nak buat exercise JANGAN SELEPAS MAKAN, TUNGGU SELEPAS 2 JAM OK. Kesepuluh, masa nak buat exercise PASTIKAN PERUT KOSONG DAN SELEPAS SELESAI BUAT EXERCISE JANGAN TERUS MINUM AIR KERANA MASA ITU RONGGA BADAN @ LIANG ROMA SEDANG TERBUKA DAN LAGI CEPATLAH KITA GEMUK.. TUNGGU SELEPAS 2 @ 4 JAM BARU MINUM AIR. Selamat mencuba ye.. :)

Ha, berkaitan stress ini je kot yang dapat diterangkan oleh diriku dan jika ada lagi pertanyaan bagaimana untuk atasi stress dalam pelbagai situasi bolehlah berkongsi di blog ini bersamaku.. ^_^.. Stress adakalanya bagus untuk minda kita ini... Selamat mencuba ye..


Thursday, 3 October 2013

Free Time ^_^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... ^_^.. Sihatkah kalian semua di pagi yang sungguh ceria dan mulia ini..? :).. Klau x sihat jgn lpe mkn ubt ye dan kpd yg tiada ubat, segeralah ke hospital demi mendapatkan ubat... :']
Bagi seorang pelajar sudah semestinya kita akan sentiasa busy kn dan kdng2 walaupun bz , kite tetap juga mnganggap ianya x membusykan kita sehingga kelihatan yang kita ini memang free... Apakah yang sering anda semua lakukan di masa free ini..? Berbagai-bagaikan..? Ada yang sedang membaca Surah Yassin di dalam telefon , ada yang sedang bermain game ,  ada yang sedang bergosip, ada juga yang sedang bermesej,dan ada juga yang sedang menulis @ menaip blog... hehe, Tulah sye kn.. ^_^... Ha, kongsilah bersama saya apakah yang sering kalian lakukan ye..? Jika malu berkongsi ,  saling kenal mengenalikah kita ini..? Jadi jgn malu2 datanglah memberi komen di blog ini... Saya baru dalam usaha mancari teman berkongsi cerita dan pengalaman.. x nak komen di blog pun x pe , tpi komenlah pula di google ye.. ^_&.. hehe.. Happy and glad to know u all... oklah, have a sweet and a nice day... Assalamualaikum..

~ Anum ~

Friday, 27 September 2013

Setia..?

Assalamualaikum semua... Dah lama betullah x menaip dalam nie kan.. fuh, maklumlah sedikit timbulnya perasaan malas je yang membuatkan impian terbantut.. huhu... Ok, apakah cerita yang aku ketinggalan ye..? Tpi kalian yang membaca tidak juga mengcomment didlm ini selain di google.. hehe.. x kisah pun kalian komen @ x yg penting kalian mmbacanya dn itu sudh mencukupi baik buatku... Oklah, tajuk kita hari ini adalah setia.. Setia? Apalah bendanya nie ye..? Hehe, ramai yang sering mengaku setia bukan kepada orang lain tetapi tidak tahu makna sebenar setia dan perkara yang perlu dilakukan.. Ini hanyalah pendapatku sendiri berkaitan setia.. Setia adalah membuat diri kita hanya menetapkan kepada satu contohnya kita hanya menyayangi seorang insan sahaja dalam kehidupan iaitu Allah S.W.T.. Selepas-Nya barulah keluarga terdekat dan suami tercinta dan juga merangkumi sahabat handai.

Kita juga mengetahui bahawa kita menyayangi ALLAH S.W.T dan hati kita cuma terhadap-Nya dan janganlah menduakan-Nya kerana sesungguhnya kita mengetahui bahawa syiriklah kita.. Menyayangi manusia tidaklah salah cuma bataskanlah kepada seorang sahaja perasaan itu.. Jangan melayan insan lain melebihi suami tercinta.. Jaga pergaulan kita , perlakuan kita , percakapan kita dan yang paling PENTING maruah kita @ maruah insan lain.. Setia juga merangkumi setia kita kepada keluarga iaitu berbakti kepada mereka tidak kira dalam apa jua bentuk dan cara.. Tak salah untuk berjauhan dengan mereka tetapi janganlah abaikan mereka.. Jika kerja yang membataskan hubungan dengan keluarga, kita masih mempunyai telefon , wechat, skype dan seumpamanya.. kita setia kepada mereka dengan menyayangi hanya mereka tanpa mengabaikan mereka...

Kadang2 setia juga membuatkan kita menjadi keliru kerana ada sesetengah tidak mampu membahagikan setia itu antara keluarga , suami , sahabat , dan sebagainya... Setia antara kawan @ sahabat juga penting apatah lagi siang dan malam bersama mereka selepas keluarga apatah lagi ketika bersama-sama menuntut ilmu.. Perlu ke kita meluahkan jua pada insan lain walaupun kita tahu perkara itu telah lepas untuk menyedapkan hati yang baru dimarahi..? Perlu ke..? Kadang2 kte sering lpe yang kite juga makhluk biasa yang sering melakukan kesilapan dan sering gagal berfikiran matang.. X semestinya driku sempurna tetapi sekurang-kurangnya aq memohon maaf jika kesilapan berlaku.. Susah ke untuk mengungkapkan sepatah perkataan iaitu MAAF...? Begitu sukar bukan..? huhu... humm tpi itulah kenyataannya yg manusia sering angkuh dan ego utk mengakui kesilapan itu... Bersyukurlah kita dgn apa yang kte perolehi.. Subhanallah...

~ Anum ~

Friday, 16 August 2013

Kekejaman

       Kekejaman dilabelkan sebagai satu sifat yang amat dibenci oleh semua golongan tak kira manusia mahupun haiwan. Kejam menunjukkan watak seseorang itu yang tidak berhati perut malah tidak mempunyai belas kesian terhadap orang lain malah dirinya juga tidak begitu dihargainya. Sesungguhnya sayu hati apabila mengetahui perkembangan yang sedang berlaku di Mesir dan akhirnya kita adalah insan akhir zaman dan bersama-samalah kita mendoakan agar kekejaman di Mesir akan terus pudar dan lenyap. Wa'allahualam... Dari-Mu kami datang dan kepada-Mu jua kami kembali.. Subhanallah...


~ Anum ~

Takdir..

      Betullah kata pepatah, kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yang menentukan dan ketika itu kita hanyalah mampu pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.. Jodoh, Ajal, Tanah Kubur, dan Rezeki semunya rahsia ALLAH S.W.T... Sesunggunhnya kita hanya mampu menerima semuanya dengan tabah walaupun amat sukar untuk kita menerimanya bukan.. Sesungguhnya amat sakit apabila insan terpenting dalam hidup kita telah melupakan kita @ meninggalkan kita. Sebgai manusia apalah kudrat kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Semua perkara yang berlku tnpa ada sesuatu pun yang trlps drpd pandangan-Mu Ya ALLAH.. Penyakit sering menyerang kita x kiralah insan bergelar manusia mahupun haiwan dan setiap penyakit yang dihadapi oleh kita in shaa Allah mempunyai penawarnya dan banyakkanlah beramal ibadah agar kita lebih dekat dengan Allah. Sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang.


Sesungguhnya kita hanyalah makhluk yang lemah yang cuma mampu merancang, berusaha dan berharap dan Allah yang menentukan segalanya dan takdir kita mungkin boleh diubah berdasarkan perkara yang kita lakukan dan bertawakallah dengan segala keputusan yang diperolehi. Sesungguhnya Allah amat menyayangi umat-Nya. Marilah kita bersama memuhasabah diri dan banyakkanlah beramal soleh. Peringatan ini buat diriku dan juga teman2 yang membaca. Assalamualaikum dan selamat beramal semua dan diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua insan yang beragama islam diseluruh dunia. Wa'allahualam..

~ Anum ~

Kesedaran?

Pada masa kini, wang adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita x kira dimana shja kita berada kecuali kepada insan yang berada di rimba dan alangkah indahnya jika aku juga boleh begitu. Hum. Wang boleh didapati dengan pelbagai kaedah samada secara halal ataupun bukan. Walaupun terdesak yang amat sangat untuk menggunakan duit @ sekeping kertas yang bewarna biru, sesungguhnya janganlah kalian mencuri. Sesungguhnya, cubalah mencarinya dengan cara yang halal dan ianya penting kerana ianya bakal kita gunakan dan akhirnya menjadi darah daging diri kita sendri. Pada zaman Rasulullah, hukuman yang dikenakan kepada sang pencuri adalah tangannya dipotong tetapi sebelum hukuman dijatuhkan, siasatan dilaksanakan terlebih dahulu. Tetapi jika ianya memang sudah tidak mampu, berdasarkn kepada si mangsa untuk memberikannya dan janganlah dihukum kepada insan yang memang tidak mampu atau dikenali sebagai fakir miskin seperti seorng insan mencuri sebuku roti untuk mengisi perutnya yang sudah lama tidak diisi.


Untuk membasmi sikap mencuri ini, kita haruslah mempunyai sifat simpati dan saling bantu membantu terutamanya kepada insan yang kaya raya kerana setiap harta yang dibelanjakan akan ditanya dan adkah kita gunakan ia untuk jalan Allah? Sesungguhnya tepuk dada dan tanya selera masing2. Kita lebih mengetahuinya dan janganlah bersikap sombong apabila kaya sedangkan sebelum kaya, kita juga mulai dari bawah bukan iaitu penuh dengan onak dan duri dalam menjalani kehidupan dan sepatutnya dari situ mengambil iktibar kerana kita telah merasai peritnya susah itu dan dari situlah kita muhasabah diri dengan membantu golongan miskin ini. Kadang2 ramai sudah yang tidak sedar dengan fakta ini bahwa semua insan bermula dari bawah dahulu sebelum ianya menjadi lebih senang dan marilah kita saling bantu membantu dan buangkanlah sikap sombong yang ada dalam dri itu. Sesungguhnya, jauhkanlah dri kami ini YA ALLAH S.W.T dari sifat2 mazmumah dan berkatilah kehidupan kami. Amin Yarobal Alamin.

Hati sayu apabila melihat insan bergelar manusia saling bunuh-membunuh demi mencapai kepuasan masing2. Sesungguhnya kita inilah golongan akhir zaman. :"(.. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar peperangan yang sedang berlaku di Mesir kembali aman dan saling menyayangi sesama kita sebagai umat islam. Amin Yarobal Alamin.



~ Anum ~



Kesabaran @ Ketabahan

Kehidupan memang mempunyai dugaan dan cabaran x kira tentang apa-apa keadaan sekalipun. Sentiasa muhasabah diri untuk membentuk jati diri yang tinggi dalam kehidupan agar dapat membendung diri dari melakukan perkara yang dilarang didalam Islam seperti dengan membunuh diri atau memohon pertolongan dari insan lain dengan kata lain syirik atau menyekutukan Allah S.W.T. Sikap kesabaran harus diasah dalam diri bagi memberi kita kekuatan menghadapi cabaran atau masalah yang timbul. Selain kesabaran, ketabahan juga memainkan peranan dalam hidup kita. Jika tidak mempunyai ketabahan, mampukah kita menghadapi masalah yang dihadapi ketika itu walaupun kita bersabar melaluinya. Tabah membuatkan kita menerima sesuatu masalah itu dengan gigih dan in shaa Allah kita x mudah untuk berputus asa dalam menghadapi pelbagai karenah dunia dan manusia dan pelbagai.

Seterusnya, kita juga jangan lupakan hubungan kita dengan Allah.s.wt kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan dari-Nya kita datang dan juga kepada-Nya kita kembali. Selain menjga hubungan dengan Allah, kita juga haruslah menjaga hubungan sesama insan x kiralah ianya makhluk bernyawa ataupun tidak kerana semua benda didunia adalah bernyawa dan cuma kita shja yang tidak dpt melihatnya bernyawa seperti kerusi, meja dan sebagainya. Kita hidup saling bergantung sesama sendiri untuk membentuk peribadi yang indah dan mencapai keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya sentiasa berbuat baik dan janganlah mengambil jalan mudah untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi seperti berada di dalam keadaan terdesak dalam kewangan dan mengambil jalan mudah dengan mencuri dan plng tidak thn mencuri pula barang teman2 sendri. Itu nmanya bukan menjaga hbgn sesama kita sebgai insan bergelar manusia. Manusia diberi kelebhan iaitu mempunyai akal jdi gunakanlah ia sebaik mungkin. Akhir kata, marilah kita bersam-sama memupuk sikap sabar dan tabah dalam diri ini agar kita tidak mudah melatah dan berputus asa.

~ Anum ~